Masjid Kampong Banggol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masjid Kg. Banggol)

Masjid Kampung Banggol merupakan sebuah masjid terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Ia dibina pada tahun 1890an.[1] Ia dibina untuk keperluan penduduk di kampung berdekatan; Kampung Baru, Pokok Sena, Taman Koskam, Kampung Aman, Permatang Kerai Kecil dan Permatang Kerai Besar.

Pembinaan Masjid[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan kelulusan pembinaan Masjid Kampung Banggol semasa Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Kubang Menerong

Masjid ini telah dirobohkan untuk dibina semula pada tahun 2018 dan siap pada Disember 2019.

Masjid ini telah diubahsuai beberapa kali iaitu pada 1955, 1970, 1990 dan tahun 2000.[1]

Lawatan YDPA[sunting | sunting sumber]

  1. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah merasmikan masjid ini pada 7 April 2023 yang telah dibina semula.
  2. Pada tahun 1983, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkunjung ke masjid ini semasa mengadakan lawatan ke Pulau Pinang.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b abdulrahman. "Yang Di-Pertuan Agong Imbau Nostalgia Almarhum Ayahanda – Malaysiaaktif" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-16.