Masjid Khalid bin al-Walid (Homs)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Khalid ibn al-Walid
مسجد خالد ابن الوليد
Khaled Ebn El-Walid Mosque3.jpg

Masjid Khalid bin al-Walid

Masjid Khalid bin al-Walid (Homs) yang terletak di Syria
Shown within Syria
Maklumat umum
Lokasi  Syria
Hubungan keagamaan Islam
Negeri Syria
Provinsi Levant
Tahun ditahbiskan 1908-1913
Status fungsi Aktif
(Mengalami kerosakan akibat perang saudara Syria)
Pimpinan Empayar Uthmaniyyah


Masjid Khalid ibn al-Walid (Bahasa Arab: مسجد خالد ابن الوليد‎) ialah masjid di Homs, Syria, terletak di sebuah taman di Jalan Hama, Medan ash-Shuhada. Terkenal dengan gaya seni bina Uthmaniyyah, masjid ini dinamakan sempena Khalid bin al-Walid, seorang Sahabat dan panglima tentera Islam yang mengetuai penaklukan Syria pada abad ke-7 M berikutan Pertempuran Yarmuk yang mengakhiri pemerintahan Byzantine di Syria. Makam berkubah Khalid bin al-Walid terletak di sebuah penjuru dewan solat dan sering dizirahi. Dua menara tinggi dan sempit yang dibina dengan baris mendatar batu berwarna hitam dan putih bersilih ganti terletak di sudut barat laut dan timur laut masjid, melambangkan gaya seni bina Islam tradisional wilayah Levant.

Semenjak Julai 2011, Masjid Khalid bin al-Walid menjadi pusat para pemberontak dalam Perang saudara Syria.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Laman masjid

Gaya masjid ialah gaya Uthmaniyyah: ia merangkumi sebuah laman, dan dinding-dinding "dihiasi baris batu hitam dan putih bersilih ganti", Ablaq.[1][2] Ia dibezakan oleh dua menara tinggi berwarna putih yang mempunyai serambi dibina daripada batu hitam dan putih.[3] Terletak di penjuru barat laut dan timur laut masjid,[4] menara-menara ini mencerminkan gaya seni bina Islam tradisional Levant. Menara-menara dan bingkai-bingkai tingkap dibuat daripada batu kapur putih. Kubah pusat masjid dibuat daripada logam berwarna perak[5] dan memantulkan sinaran matahari.[6][7] Kubah disokong empat tiang besar, dibina dalam gaya ablaq Mamluk. Terdapat sembilan kubah kecil selain kubah pusat.

Dewan solat besar membentuk kawasan dalaman. Dinding-dinding dibina dengan batu basalt, bahan binaan yang mudah didapati di Homs. Makam Khalid bin al-Walid RA terletak di satu penjuru.[8][9][2]. Makam Khalid mempunyai kubah berhias rumit dan bahagian dalaman yang menggambarkan lebih daripada 50 kemenangan pertempuran yang beliau ketuai.[10][11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mannheim, 2001, p. 205.
  2. 2.0 2.1 "Lonely Planet review for Khaled ibn al-Walid Mosque". Lonely Planet. http://www.lonelyplanet.com/syria/homs/sights/religious-spiritual/khaled-ibn-walid. Capaian 8 October 2012. 
  3. Homs, Syria "Nomes, Syria". Atlas Tours. http://www.atlastours.net/syria/homs.html Homs, Syria. Capaian 8 October 2012. 
  4. Akram, 2006, p. 480
  5. Ham, 2009, p. 484
  6. Skinner, 2004, p. 153.
  7. "Homs". Homsonline. http://www.homsonline.com/EN/Citeis/Homs.htm. Capaian 8 October 2012. 
  8. Mannheim, 2001, p. 205.
  9. Akram 2004, halaman 501
  10. Akram 2004, halaman 494
  11. "Homs, Hums, Emesa". ArchNet Digital Library. http://archnet.org/library/places/one-place.jsp?place_id=2311&order_by=title&showdescription=1. Capaian 8 September 2012. 
  12. Jess, 2010, p.121.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Templat:Masjid di Syria