Masjid Kocatepe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 39°55′00″N 32°51′38″E / 39.91667°N 32.86056°E / 39.91667; 32.86056

Masjid Kocatepe di pusat Ankara

Masjid Kocatepe adalah masjid terbesar di Ankara, ibu negara Turki. Ia dibinakan di antara 1967 dan 1987 di kawasan Kocatepe di Kizilay, dan saiznya dan keadaan utama telah membuatnya suatu tanda tempat yang dapat dilihat dari hampir di mana-mana di Ankara tengah.


Sejarah Masjid Kocatepe[sunting | sunting sumber]

Gagasan membina Masjid Kocatepe melatar belakang ke zaman 1940an. Pada Disember 8, 1944, Ahmet Hamdi Akseki, Timbalan Presiden Hal ehwal Agama Turki, bersamaan dengan tujuh puluh ahli yayasan, menubuh sebuah masyarakat yang dikenali sebagai "Masyarakat untuk Membina sebuah Masjid di Yenişehir, Ankara." Pada 1947 masyarakat ini dipanggil untuk projek-projek dilukis oleh para arkitek, tetapi tiada projek yang dikirimkan telah diterima.

Pada 1956, melalui usaha allah yarham Adnan Menderes, Perdana Menteri pada waktu itu, tanah telah ditempatkan untuk projek untuk membinakan sebuah masjid di Ankara, dan suatu permintaan untuk projek telah dibuatkan sekali lagi pada 1957. Kali ini tiga puluh enam projek telah dinilaikan, dengan projek bergabung sama Vedat Dalokay dan Nejat Tekelioglu dipilih sebagai satu-satunya untuk dilaksanakan.[1]

Projek yang diterima adalah suatu reka bentuk pembaharuan dan moden. Pembinaan bermula, tetapi oleh kerana pengkritikan berat dari para konservatif untuk kelihatan pemodenannya, pembinaan telah dihentikan di taraf asas. Ia juga dibuahmulutkan bahawa asanya telah diletupkan bom oleh radikal hard-line. Vedat Dalokay kemudian membinakan suatu versi modifikasi Masjid Kocatepe selepas memenangi suatu persaingan antarabangsa untuk Masjid Shah Faisal di Islamabad, Pakistan pada 1969. Masjid ini, yang boleh menginapkan 100,000 jemaah, adalah salah satu masjid terbesar di dunia, dan diterima oleh ramai orang sebagai barisan seni bina Islam moden.

Selepas suatu persaingan seni bina ketiga pada 1967, suatu reka bentuk lebih konservatif atau menimbulkan nostalgia oleh Hüsrev Tayla dan M. Fatin Uluengin telah dipilih untuk dibinakan. Disiapkan pada 1987, projek ini dibinakan dalam pseudo jenis seni bina Uthmaniyyah abad ke-16 dan serupa dengan Masjid Biru di Istanbul.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Diarkibkan 2008-05-28 di Wayback Machine Brochure by the Turkish Ministry of Religious Affairs


Koordinat: 39°55′00″N 32°51′38″E / 39.91667°N 32.86056°E / 39.91667; 32.86056{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman