Masjid Malabar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
مسجد مالابار
Masjid Malabar
മലബാർ മസ്ജിദ്
Pemandangan masjid
Maklumat am
Dibuka pada1963
Maklumat geografi
Lokasi471 Victoria Street
Singapura 198370
Koordinat1°18′17″N 103°51′32″E / 1.3046935549203°N 103.85895356561°E / 1.3046935549203; 103.85895356561Koordinat: 1°18′17″N 103°51′32″E / 1.3046935549203°N 103.85895356561°E / 1.3046935549203; 103.85895356561
Lokasi
Masjid Malabar is located in Bumi
Masjid Malabar
Masjid Malabar (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Malabar nama penuh: Malabar Muslim Jama'ath Mosque; dikenali juga sebagai Masjid Biru atau Majid Kubah Emas ialah sebuah masjid di Singapura. Masjid ini terletak di persimpangan Victoria Street dan Jalan Sulṭan di kawasan Kampong Glam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1927, masyarakat Islam Malabar di Singapura, yang pada asalnya datang dari Kerala, selatan India, telah menubuhkan sebuah persatuan yang dipanggil, Malabar Muslim Jama'ath (Jemaat Muslim Malabar) yang bertanggungjawab menguruskan segala hal-ehwal masyarakat mereka yang terdiri daripada peniaga-peniaga tekstil dan barang kemas.

Batu asas masjid ini telah diletakkan pada 10 April 1956. Pembinaan masjid ini pernah tergendala sekali akibat kekurangan dana. Usaha memungut dana telah dijalankan dan sumbangan wang telah diterima oleh orang Islam dan bukan Islam. Pada 24 Januari 1963, Masjid Malabar dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Negara Singapura pada masa itu, Encik Yusof Isḥak.

Masjid Malabar kini terus menjadi titik fokus masyarakat Malabar yang sering berkumpul setiap Jumaat untuk ṣolat Jumaat dan juga pada setiap kegiatan agama yang lain.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Masjid Malabar mempunyai reka bentuk dan susun atur yang tradisional. Dewan solat utama terletak di tingkat atas dan tangga untuk menuju dewan solat ini diorientasikan untuk menghadap Mekah. Di bawah dewan solat terdapat sebuah ruangan yang besar di mana pengajian Al-Qur'an dan lain-lain aktiviti keagamaan (melainkan solat) diadakan. Di sini juga terletaknya bilik imam, dan sebuah bilik khas untuk para pelawat. Masjid ini yang pada asalnya memiliki dinding luar yang dicat, telah dijubin pada 1995.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Places. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.
  • Edwards, Norman; Keys, Peter (1996). Singapore - A Guide to Buildings, Streets, Places. Times Books International. ISBN 9971-65-231-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]