Masjid Negeri Sabah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Masjid Negeri Sabah |
|
|---|---|
| Maklumat am | |
| Dibuka pada | 1970-an |
| Maklumat pentadbiran | |
| Imam | Hj Nahar Matamin (imam besar) |
| Lokasi | Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah |
| Maklumat pembinaan | |
| Bil. menara | 1 |
|
sunting |
|
Masjid Negeri Sabah merupakan Masjid Negeri bagi negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.