Masjid Niujie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian dari siri pada
Masjid

Seni bina
Gaya seni bina
Lain
Masjid di dunia

Masjid Niujie (Bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) ialah masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).

Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, pusat rohaniah untuk 10,000 umat Islam yang menetap di kawasan itu dan ia merupakan yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.

Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak ialah rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting seperti batu bersurat berdiri yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 39°53′04″N 116°21′29″E / 39.88444°U 116.35806°T / 39.88444; 116.35806