Masjid Saint Petersburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Saint Petersburg
مسجد ساينت ڤيترسبرڬ
Mešita v Sankt-Petěrburgu (3).jpg
Maklumat am
Nama tempatan Санкт-Петербу́ргская мече́ть
Status Aktif
Tempoh pembinaan 1910 - 1921
Maklumat geografi
Negara  Rusia
Lokasi Saint Petersburg
Koordinat 59°57′19″U 30°19′26″T / 59.955247°U 30.323896°T / 59.955247; 30.323896Koordinat: 59°57′19″U 30°19′26″T / 59.955247°U 30.323896°T / 59.955247; 30.323896
Maklumat pembinaan
Bil. kubah 1
Ketinggian kubah (luar) 39 meter (128 ka)
Bil. menara 2
Ketinggian menara 49 meter (161 ka)
Kapasiti jemaah 5,000
Arkitek Nikolai Vasilyev
Lokasi
Peta menunjukkan lokasi Masjid Saint Petersburg di Rusia
Peta menunjukkan lokasi Masjid Saint Petersburg di Rusia

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Saint Petersburg (Bahasa Rusia: Санкт-Петербу́ргская мече́ть), semasa pembukaannya pada tahun 1913, merupakan masjid terbesar di Rusia. Menaranya berukuran 49 meter tinggi sementara kubahnya pula berukur 39 m. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Saint Petersburg, dan dapat menampung lima ribu orang jemaah.

Batu asas diletakkan pada rahun 1910 bagi memperingati ulang tahun pemerintahan Abdul Ahat Khan ke-25 di Bukhara. Pada masa itu, bilangan Muslim di ibu kota (masa itu) Rusia melebihi 8,000 orang, dan binaan yang dicadangkan dapat menampung semua orang Muslim. Jurubina masjid, Nikolai Vasilyev mereka bentuk masjid mengikut bentuk Gur-e Amir, makam Amir Timur ("Tamerlane") di Samarkand. Pembinaan selesai pada tahun 1921.

Para jemaah diasingkan mengikut jantina—jemaah wanita bersolat di aras pertama masjid sementara jemaah lelaki bersolat di aras bawah. Masjid ini ditutup dari tahun 1940 hingga 1956.

Masjid Saint Petersburg ini merupakan masjid yang paling utara di dunia, mengatasi Masjid Uppsala di Sweden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ruang dalam sebuah portal

Pada tahun 1882, Selim-Girei Tevkelev yang dilantik sebagai Mufti Orenburg pada tahun 1865, mendapat bantuan dan persetujuan menteri Count Tolstoy untuk pembinaan sebuah masjid di St Petersburg.[1] Pada tahun 1906, Menteri menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ahun Ataulla Bayazitov untuk mengutip 750 000 rubel dalam tempoh 10 tahun bagi pembinaan masjid. Mereka mengadakan kutipan di bandar-bandar dan provinsi-provinsi Rusia dan menerima wang derma daripada banyak penaja.[1] Tambahan lagi, jawatankuasa mendapat sekuriti bernilai 142,000 rubel dan juga setem bagi projek masjid. Penderma utama ialah Said Abdoul Ahad, Amir Bukhara yang membiaya kos pembinaan.

Lokasi masjid amat simbolik, kerana ia terletak bertentangan dengan Kota Kubu Peter dan Paul di pusat bandar. Kebenaran untuk membeli tapak diberikan Maharaja Nicholas II di Peterhof pada 3 Julai 1907. Pada musim luruh tahun itu, jawatankuasa mempersetujui projek oelh ahli senibina Nikolai Vasilyev, jurutera Stepan Krichinskiy, dan pembinaan diselia oleh ahli akademik Alexander von Gogen. Muka bangunan dibuat dengan menggabungkan perhiasan oriental dan mosek biru firus.

Upacara peletakan batu bata disempurnakan Ahun Bayatizov pada 3 Februari 1910, dengan dihadiri pegawai kerajaan dan tokoh-tokoh agama dam masyarakat. Antara yang hadir Amir Buharskiy, Harusin, Novikov, para duta dari Turki dan Parsi (sekarang Iran), Sultanov, Mufti Orenburg, dan Tevkelev, ketua parti Muslim di dalam Duma.

Dinding masjid dibuat daripada granit kelabu semara kubah dan kedua-dua menara dilitup dengan mozek seramik berwarna biru muda. Tukang-tukang mahir dari Asia Tengah mengambil bahagian dalam pembinaan masjid. Muka bangunan dihiasi ayat-ayat al-Quran bersenikan khat. Tiang-tiang dalaman dibuat daripada marmar hijau. Jemaah wanita disediakan ruang solat di aras satu, di atas bahagian barat dewan. Masjid juga dilitup dengan tikar permaidani yang dibuat khas oleh tukang permaidani dari Asia Tengah.

Masjid Saint Petersburg ditutup dan digunakan sebagai gudang semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Masjid dipulangkan kepada penduduk Muslim pada tahun 1956, dan kerja-kerja pemuliharaan dibuat pada tahun 1980.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]