Masjid Sultan Hassan II
| Masjid Sultan Hassan II | |
| 250px
Masjid Sultan Hassan II |
|
| Maklumat umum | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Koordinat geografi | 33°36′26.43″U 7°37′57.22″B / 33.6073417°U 7.6325611°B |
| Hubungan keagamaan | Islam |
| Kawasan | Greater Casablanca |
| Pegawai Pentadbir | Casablanca-Anfa |
| Status ecclesiastical | Masjid |
| Keterangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Tarikh siap | 1993 |
| Spesifikasi | |
| Kapasiti | 25,000 |
| Bilangan kubah | 1 |
| Bilangan menara masjid | 1 |
| Tinggi menara masjid | 200m |
Masjid Sultan Hassan II (Bahasa Arab: مسجد الحسن الثاني) ialah sebuah masjid yang terletak di Casablanca, Maghribi. Direka oleh arkitek Perancis, Michel Pinseau dan Bouygues,[1]masjid ini merupakan masjid yang kedua terbesar di dunia (selepas Masjid al-Haram di Makkah). Menara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m.
Seni bina[sunting]
Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air".
Rekaan ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II, yang menyatakan, "Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana Arasy Allah berada di atas air. Maka, orang yang beriman dapat bersolat dapat berzikir di atas tanah dan menjiwai langit Tuhan dan laut"
Masjid ini juga mempunyai seni bina moden: masjid ini dapat bertahan dari gempa bumi dan mempunyai lantai berhaba, pintu elektrik dan bumbung mudah alih.
Rujukan[sunting]
Pautan luar[sunting]
- Peta lokasi Casanblaca
- Gambar Masjid Sultan Hassan II Disember 2003
- Gambar Masjid Sultan Hassan II April 2001
- Masjid Sultan Hassan II oleh Frederic Mitterrand
- Masjid Sultan Hassan II Rencana oleh Sacred Destinations, dengan foto dan gambar satelit