Masjid Telipot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Telipot
260px
Maklumat pentadbiran
Imam Ustaz Abdul Majid bin Abdul Rahman (Imam Besar)
Ustaz Ahmad bin Yunoh (Timb. Imam Besar)
Lokasi Masjid Bandar Telipot
Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Bandar Telipot merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Jalan Telipot, iaitu sekitar 8 km dari pusat bandar Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Telipot dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot dalam bandar Kota Bharu. Justeru kedudukannya dalam bandar Kota Bharu, maka Masjid Telipot bukan sahaja dikunjungi oleh anak-anak Mukim Telipot, tetapi juga dikunjungi oleh para pelawat dan pelancong dari dalam dan luar negeri Kelantan, baik waktu siang ataupun malam untuk menunaikan ibadat mereka.

Sebelum tahun 1978, di dalam bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim yang bersejarah ini hanya mempunyai dua buah masjid sahaja, iaitu Masjid Muhammadi yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan Masjid Langgar yang terletak di Kampung Langgar. Kedua-dua masjid itu telah berusia lebih dari 100 tahun.

Masjid-masjid inilah yang menjadi tumpuan umat Islam dalam bandar Kota Bharu menunaikan Fardhu Jumaat mereka, menyebabkan keadaan menjadi begitu sempit untuk menampung umat Islam yang begitu ramai. Kebanyakan mereka pada hari Jumaat terpaksa sembahyang di kawasan lapang di luar masjid kerana telah penuh dengan para jemaah. Demikian juga setiap kali Hari Raya, baik Hari Raya Aidil Fitri atau Adha, masjid menjadi limpah dengan para jemaah.

Pada tahun 1968 telah timbul ura-ura untuk mendirikan sebuah Masjid Langgar yang baru yang lebih besar, tapi kemudiannya rancangan itu dibatalkan kerana melibatkan begitu banyak pengambilan tanah-tanah penduduk tempatan sekitarnya yang terpaksa menelan perbelanjaan yang besar pula. Justeru itu masalah kelebihan jemaah jika dibandingkan dengan ruang masjid yang sempit terus berkekalan tanpa dapat diselesaikan.

Pada tahun 1972, timbul kembali rancangan untuk membina Masjid Langgar. Kali ini cadangan masjid baru itu akan dibina di atas tapak masjid lama yang sedia ada setelah masjid itu dirobohkan nanti. Kos pembinaan masjid itu dianggar sebanyak RM 200,000.00 yang akan dipohon daripada Kerajaan Pusat.

Tapi bila rancangan untuk merobohkan Masjid Langgar yang telah berusia begitu lama dikaji dan diteliti semula, maka rancangan tersebut terpaksa diketepikan, kerana dua sebab yang penting, pertama bangunan masjid lama itu telah berusia lebih dari seratus tahun tidak wajar lagi dirobohkan kerana ia merupakan sebahagian daripada bahan sejarah Islam negeri ini, dan kedua pembinaan masjid baru di atas tapak yang sedia ada yang sempit itu tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan ruangan untuk para jemaah bersembahyang.

Setelah membuat kajian yang teliti, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di bawah kepimpinan Yang Dipertuanya Yang Berhormat Mulia Tengku Aziz bin Tengku Hamzah, Tengku Sri Utama Raja yang sangat mengambil berat dalam usaha pembinaan Masjid Telipot telah membuat keputusan untuk membina sebuah masjid baru bukan di tempat yang sama tetapi di tempat lain yang lebih luas dalam Mukim Langgar juga, dengan itu setiap hari Jumaat bolehlah diadakan sembahyang Jumaat pada dua buah masjid yang berasingan dalam masa yang sama. Dengan itu masalah melimpah ahli jemaah dapat diatasi.

Tapak baru yang dicadangkan oleh MAIK itu ialah di atas bekas tapak Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri yang akan dibina masjid baru untuk dijadikan tempat Jumaat kedua bagi mukim Langgar, dan bukannya menggantikan Masjid Langgar yang sedia ada itu.

Tapak yang dicadangkan itu jauh lebih luas daripada tapak Masjid Langgar yang sedia ada, iaitu kira-kira seluas 750 depa, dan bangunan masjid baru yang akan dibina itu nanti dijangka dapat menampung kira-kira seribu orang untuk satu-satu masa.

Sebelum cadangan ini dikemukakan dengan rasmi untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, tinjauan awal telah dibuat dengan menemui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Ishak Lotfi bin Omar. Dalam perbincangan awal itu, atas pandangan beliau sendiri, kawasan cadangan untuk membina Masjid baru Telipot itu telah diperluaskan sekali ganda lagi, menjadikan keluasan semuanya kira-kira 1 ½ ekar (1 ekar 480 depa).

Tapak Masjid Telipot ini telah diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1978.

Setelah bangunan masjid itu siap dibina yang terletak di pinggir jalan Telipot, lalu ia dinamakan Masjid Telipot, mengambil sempena nama Kampung Telipot. Masjid Telipot dibina dengan menelan belanja sebanyak RM 400,000.00 tidak termasuk nilai harga tanah. Peruntukan itu sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Reka bentuk asal bagunan Masjid Telipot dibuat sebegitu rupa supaya ianya unik pada reka bentuknya tanpa mencontohi reka bentuk mana-mana masjid yang terdapat di negara kita Malaysia pada masa tersebut. Ianya mempunyai ciri-ciri keperibadian negeri Kelantan sendiri. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri pada masa itu.

Pelan bangunan Masjid Telipot disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran oleh Allahyarham Encik Ghazali bin Salleh, seorang arkitek anak Kelantan dari Syarikat Pakatan Arkitek. Tetapi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah diebri tanggungjawab membina masjid itu mendapati harga yang ditawarkan bagi pelan tersebut melebihi RM 750,000.00 sedangkan peruntukan yang ada pada masa itu hanya sebanyak RM 350,000.00 sahaja. Justeru, pihak JKR terpaksa mengubahsuai pelan asal tersebut untuk diselaraskan dengan peruntukan yang sedia ada itu dan tender baru pun dikeluarkan semula. Akhirnya dengan menggunakan pelan baru yang diubahsuai itu, Masjid Telipot berjaya dibina menelan perbelanjaan sebanyak RM 400,000.00.

Reka bentuk asal untuk Masjid Telipot itu kemudiannya telah digunakan untuk membina sebuah masjid lain, iaitu Masjid Kampung Sireh yang letaknya tidak berapa jauh dari Masjid Telipot sebagaimana yang ada sekarang.

Kedudukan Kiblat bangunan Masjid Telipot ialah 20 darjah dari Barat atau 70 darjah dari Utara yang menjadi arah sembahyang umat Islam.

Masjid Telipot ini julung-julung kali digunakan untuk sembahyang Jumaat pada 5 Januari 1979, walaupun perasmiannya dilakukan kira-kira tiga tahun kemudian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]