Masjid Tengkera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Tengkera
Maklumat pentadbiran
Imam Imam Alias (Imam Besar)
Lokasi Masjid Tengkera,
Km. 2, Tengkera, 75200 Melaka.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.