Masjid Ulul Albab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Ulul Albab
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Kampung Seberang Jerteh
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada24 Februari 2012
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamAhmad Zaki Bin Mohamad  2017 (Imam Besar)
Ab.kadir @ Ismail Bin A.rahman 2017 (Timb. Imam Besar)
Yasin Bin Ishak 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-BST-00109
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
LokasiMasjid Ulul Albab,
Masjid Kampung Seberang Jerteh,
Kampung Seberang Jertih
Pelagat,
22020 Besut,
Terengganu Darul Iman
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kampung Seberang Jerteh

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh[1], Jerteh, Terengganu, Malaysia.[2] Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri.[3]

Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM12.3 juta di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Baginda menegaskan bahawa segala urusan pentadbiran masjid di Terengganu hendaklah mematuhi Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001, begitu juga dengan pelantikan imam, bilal serta jawatankuasa masjid.

Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan. Wan Mustafa Wan Su seorang pengukir ternama yang merupakan anak jati Besut dan diangkat sebagai Adiguru Ukiran Kayu Malaysia dipertanggungjawabkan memberi sentuhan kepada wajah masjid. Ia lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ. Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ia permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Banyak motif songket Terengganu digunakan dalam senibina masjid ini.

Syarikat Mira Murni Sdn. Bhd., dipertanggungjawabkan bagi membinanya dan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun.

Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.

Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.

Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.

Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu.

Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.

Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.[4]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Seberang Jerteh,
Kampung Seberang Jertih[5]
Pelagat,
22020 Besut,
Terengganu Darul Iman

Kelas Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Masjid ini memulakan kelas bahasa Inggeris untuk pelajar setempat di bawah bimbingan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, yang juga isteri kepada Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh.[6]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Seberang Jerteh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-BST-00109.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu
  2. ^ "Masjid Kampung Seberang Jerteh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-01. Dicapai pada 2018-01-01.
  3. ^ Pembinaan masjid, surau perlu dapat kebenaran MAIDAM - Sultan
  4. ^ Keunikan Masjid Ulul Albab
  5. ^ Kampung Seberang Jertih, 22000 Jerteh, Terengganu
  6. ^ "Masjid Ulul Albab anjur kelas bahasa Inggeris". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-15. Dicapai pada 2012-04-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]