MasterChef US (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musim kedua bagi siri rancangan realiti Amerika, MasterChef mula ditayangkan dua malam berturut-turut pada 6 dan 7 Jun 2011.[1] Pada penghujung episod ketiga, juri telah merasa semua 100 hidangan dan telah memberikan apron putih Masterchef kepada 38 orang peserta. Dalam episod keempat, juri telah menyaring bilangan peserta hingga menjadi 18 orang sahaja.[2]

Peserta[3][sunting | sunting sumber]

Peserta Usia Pekerjaan Tempat asal Episod Penyingkiran Kedudukan
Jennifer Behm[4][5] 34 Agen hartanah Wilmington, Delaware Juara Pertama
Adrien Nieto 28 Pelayan Ventura, California Episod 20 ke-2
Christian Collins 31 Bapa sepenuh masa Gloucester, Massachusetts Episod 19 ke-3
Suzy Singh[6] 27 Jurutera neuron Chicago, Illinois Episod 18 ke-4
Ben Starr[7] 33 Penulis kembara Dallas, Texas Episod 17 ke-5
Tracy Kontos[8] 32 Perunding jualan Coral Springs, Florida Episod 16 ke-6
Derrick Prince[9] 33 Web Designer/Blogger West Babylon, New York Episod 15 ke-7
Christine Corley 27 Ibu tunagal Sopchoppy, Florida ke-8
Alejandra Schrader[10][11] 37 Arkitek/Perancang bandar Playa del Rey, California Episod 13 ke-9
Giuseppe Morisco 38 Penjual granit Chicago, Illinois Episod 12 ke-10
Erryn Cobb[12] 26 Perhubungan awam Chicago, Illinois Episod 11 ke-11
Esther Kang 28 Peguam Los Angeles, California Episod 10 ke-12
Jennie Kelley 37 Ahli muzik Dallas, Texas Episod 9 ke-13
Max Kramer 18 Pelajar New York, New York Episod 8 ke-14
Alvin Schultz 28 Pengurus kedai runcit Houston, Texas Episod 7 ke-15
Tony Scruggs 52 Pemandu trak Grant Park, Illinois Episod 6 ke-16
Mark Raffaeli[13] 35 Agen hartanah Chicago, Illinois Episod 5 ke-17
Angel Moore-Soukkay 37 Pengurus hartabenda Columbus, Ohio ke-18

Jadual penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Peserta Episod
4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 Jennifer Top 18 IN IN LOW LOW IN WIN WIN IN PT WIN LOW WIN IN LOW PT WIN IN PT HIGH LOW WIN LOW IN JUARA
2 Adrien Top 18 IN IN WIN WIN IN NPT HIGH LOW WIN IN LOW WIN WIN IN PT HIGH IN LOW HIGH LOW WIN WIN IN NAIB JUARA
3 Christian Top 18 WIN IMM PT IN IN WIN LOW WIN WIN IN IN WIN HIGH WIN LOW IN IN WIN IN LOW PT IN ELIM
4 Suzy Top 18 HIGH IN WIN IN IN WIN IN IN LOW IN IN PT IN LOW WIN HIGH WIN WIN IN WIN ELIM
5 Ben Top 18 LOW IN WIN IN IN NPT IN WIN PT IN IN PT HIGH IN WIN IN LOW WIN WIN ELIM
6 Tracy Top 18 IN IN PT HIGH WIN WIN IN IN PT IN WIN WIN IN IN WIN IN WIN ELIM
7 Derrick Top 18 IN WIN WIN IN IN NPT IN IN WIN HIGH IN LOW IN IN PT IN ELIM
8 Christine Top 18 IN IN WIN IN IN PT IN IN LOW IN IN WIN IN WIN WIN IN ELIM
9 Alejandra Top 18 IN IN PT HIGH IN WIN HIGH LOW WIN HIGH IN PT IN ELIM
10 Giuseppe Top 18 IN IN PT IN IN WIN IN IN WIN IN WIN ELIM
11 Erryn Top 18 IN LOW WIN IN IN WIN IN IN WIN LOW ELIM
12 Esther Top 18 IN IN LOW IN WIN NPT IN IN ELIM
13 Jennie Top 18 HIGH IN WIN IN LOW NPT IN ELIM
14 Max Top 18 IN WIN PT IN LOW ELIM
15 Alvin Top 18 IN IN WIN IN ELIM
16 Tony Top 18 IN IN ELIM
17 Mark Top 18 IN ELIM
18 Angel Top 18 IN ELIM
     (JUARA) Chef ini memenangi pertanding ini.
     (NAIB JUARA) Chef ini mendapat tempat kedua.
     (Top 18) Chef ini mendapat tempat dalam 18 yang teratas.
     (WIN) Chef ini memenangi cabaran individu (Cabaran Kotak Misteri atau Ujian Cipta) dan menerima faedah dalam cabaran seterusnya.
     (WIN) Chef ini berada dalam pasukan yang memenangi Cabaran Berpasukan dan selamat daripada Ujian Tekanan.
     (HIGH) Chef ini merupakan salah seorang yang terbaik dalam cabaran individu tetapi tidak memenanginya.
     (IN) Chef ini tidak terpilih antara hidangan terbaik atau terburuk dalam cabaran tersebut.
     (IMM) Chef ini memenangi Cabaran Kotak Misteri tetapi tidak perlu bertanding dalam Ujian Cipta.
     (PT) Chef ini berada dalam pasukan yang kalah dalam Cabaran Berpasukan, bertanding dalam ujian tekanan dan mara.
     (NPT) Chef ini berada dalam pasukan yang kalah dalam Cabaran Berpasukan, tidak bertanding dalam ujian tekanan dan mara.
     (LOW) Chef ini mempunyai hidangan yang terburuk dalam cabaran penyingkiran individu, tetapi bukan orang yang terakhir yang mara.
     (LOW) Chef ini mempunyai hidangan yang terburuk dalam cabaran penyingkiran individu, dan orang yang terakhir yang mara.
     (ELIM) Chef ini tersingkir dari MasterChef.

Episod[sunting | sunting sumber]

Ep # Tarikh asal tayangan Tajuk/Perihal episod
1 Isnin 6 Jun 2011 Uji Bakat 1
2 Selasa 7 Jun 2011 Uji Bakat 2
3 Isnin 13 Jun 2011 Uji Bakat 3
4 Selasa 14 Jun 2011 Cabaran Kemahiran Asas 38 Teratas - Tiga puluh lapan orang peserta perlu mendemonstrasi kemahiran menggunakan pisau dengan menghasilkan hirisan epal hijau yang sempurna dan sekata. Mereka perlu meneruskan kerja-kerja hirisan sehingga salah seorang juri meminta mereka berhenti, lalu mengetahui sama ada mereka akan mara atau pulang. Dua puluh empat peserta mara dari pusingan ini.

Bagi pusingan kedua, peserta perlu memasak hidangan ayam. Enam lagi disingkirkan lalu meninggalkan lapan belas yang teratas untuk mara.

5 Isnin 20 Jun 2011 Cabaran Kotak Misteri 1 - Peserta perlu menyediakan satu hidangan dengan hanya menggunakan bahan dari Kotak Misteri. Balsam strawberi dan salmon yang terlebih masak dianggap sebagai "buruk" membuatkannya berada di tempat terakhir. Tiga yang teratas ialah Suzy, Christian dan Jennie. Christian memenangi cabaran ini dengan hidangan salmon bersalut Pistachio. Ganjaran untuknya ialah memilih gaya makanan yang semua peserta perlu sediakan dalam pusingan penyingkiran.

Cabaran Penyingkiran 1 - Tema bagi cabaran ini ialah makanan Eropah. Christian memilih makanan Perancis dan juga menerima jaminan daripada penyingkiran manakala yang lain perlu menyediakan makanan Perancis dalam masa sejam. Derrick yang menyediakan Paf Keju Berinti Perancis dengan Telur Rebus Carak dan Max yang menyediakan Ikan Kod Rebus dalam Sos Krim melayakkan mereka mendapat dua tempat teratas dan menjadi ketua pasukan bagi cabaran seterusnya. Tiga yang tercorot ialah Angel, Erryn dan Mark. Angel merupakan peserta pertama yang tersingkir selepas menyediakan tat buah yang "disediakan dengan dahsyat" dan Mark pula tersingkir selepas meletakkan tepung tidak masak di atas kentangnya.

6 Selasa 21 Jun 2011 Cabaran Berpasukan 1 - Peserta dibahagi kepada dua pasukan yang dipilih oleh Derrick dan Max. Setiap pasukan perlu menyediakn lima hidangan utama untuk 350 orang pekerja pejabat dalam sebuah bangunan. Hidangan perlu mengandungi sup, salad, piza, hidangan pembuka istimewa dan manisan. Pada penghujung hidangan, setiap yang dijamu akan mengundi hidangan kegemaran mereka. Kumpulan Biru kehabisan daging dan terpaksa bertukar kepada sandwic ayam, membolehkan mata berpihak kepada Pasukan Merah untuk menang dan menghantar Pasukan Biru ke Ujian Tekanan.

Penyingkiran Ujian Tekanan 1 - Ahli Pasukan Biru mempunyai satu jam sahaja untuk memasak ravioli ringkas dengan bayam dan inti ricotta daripada mula, menamatkannya dengan sos mentega ringkas bagi mengelakkan dari kelihatan seperti pasta yang buruk. Tiga yang tercorot ialah Esther (yang intinya mempunyai rasa yang pelik), Jennifer (yang merosakkan perisa pasta dengan meletakkan buah pala), dan Tony (yang raviolinya teruk dari pelbagai aspek). Akhirnya, Tony tersingkir.

7 Isnin 27 Jun 2011 Cabaran Kotak Misteri 2 - Peserta perlu menyediakan satu hidangan dengan hanya menggunakan bahan dari Kotak Misteri termasuklah daging bebiri New Zealand. Hidangan Jennifer terserlah sebagai yang paling teruk kerana menghidangkan daging yang betul-betul mentah. Alejandra, Adrien dan Tracy pula berada dalam 3 yang teratas. Adrien menang dengan Bebiri Pasar Tani dengan Puti Bunga Kubis. Beliau memenangi peluang untuk menentukan tema bagi dirinya sendiri dan peserta yang lai bagi pusingan penyingkiran.

Cabaran Penyingkiran 2 - Tema bagi cabaran ini ialah pencuci mulut. Adrien diberi pilihan antara kopi, nanas dan kekacang. Beliau telah memilih kekacang untuk dirinya dan kopi untuk peserta lain. Peserta diberi 90 minit untuk menyediakan pencuci mulut. Kek Coklat Espreso Tanpa Tepung milik Tracy dan Kek Keju Kopi milik Esther telah terplih sebagai dua yang terbaik dan bakal menjadi ketua pasukan bagi cabaran berpasukan yang seterusnya. Jennie, Max dan Alvin pula dalam golongan tercorot. Sementara Torte de Crepes milik Mac digelar "teruk" oleh by Chef Ramsay, Alvin pula tersingkir kerana hidangannya iaitu Cucur Berisi Kopi dengan Puding Cikori Kopi digelar "menyakitkan hati" oleh Chef Elliot. Chefs Ramsay dan Bastianich turut merasakan pendekatan gastronomi molekular Alvin tidak sesuai dalam pertandingan ini, dan menasihatinya untuk "kembali kepada asas" pada masa yang akan datang.

8 Selasa 28 Jun 2011 Cabaran Berpasukan 2 - Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang dipilih oleh Tracy dan Esther dan mereka diberi 90 minit untuk menyiapkan sandwic sosej untuk 100 orang penunggang motor yang bakal mengundi hidangan manakah yang terbaik. Pasukan Tracy menyediakan Sosej Khinzir Itali Berempah dengan Bawang dan Molases Berkaramel manakala pasukan Esther pula menyiapkan Kepingan Sosej Bersalut Bir dengan Sos Lada dan Bawang. Walaupun terdapat kesukaran apabila Christine dan Max tida dapat memasukkan daging ke dalam kelongsong sosej dan diselamatkan dengan cadangan Ben untuk menukarkannya kepada kepingan daging, pasukan Esther mendahului sejak awal. Pasukan Tracy memutuskan untuk menambah cili untuk menambahkan kepedasan lalu membolehkan mereka menerima 51 undian untuk memenangi cabaran ini.

Penyingkiran Ujian Tekanan 2 - Chef Ramsay mengumumkan hanya dua orang sahaja yang akan bertanding dalam ujian tekanan kali ini. Dia meminta Esther untuk memilih dua orang yang bertanggungjawab atas kekalahan pasukan dan Esther memilih Max dan Christine disebabkan kegagalan mereka menyediakan sosej. Chef Ramsay menawarkan Esther peluang untuk bertukar tempat dengan salah seorang daripada mereka berdua tetapi dia memilih jalan selamat untuk tidak melibatkan diri dalam ujian ini. Dalam Ujian Tekanan kali ini, Max dan Christine diberikan tiga kepingan stik filet untuk dimasak secara sempurna, sederhana masak dan kurang masak. Walaupun stik sempurna Christine kurang masak, dua stiknya yang lain mengikut kualiti yang dikehendaki manakala ketiga-tiga stik milik Max tidak menepatinya lalu menyebabkan penyingkiran Max.

9 Selasa 5 Julai 2011 Cabaran Kotak Misteri 3 - Kotak Misteri kali ini mengandungi beberapa jenis sayuran dan rempah yang perlu digunakan untuk menyediakan makanan vegetarian. Sebelum sesi merasa, juri mengatakan hidangan Christian sebagai yang paling teruk lalu menyebabkan Christian secara terang-terangan tidak bersetuju. Jennifer, Adrien dan Alejandra mendapat tempat 3 yang teratas dan Jennifer memenangi cabaran ini dengan Terrine Sayur dengan Balutan Terung dan Sos Tomato.

Cabaran Penyingkiran 3 - Jennifer diberikan tiga juadah yang disediakan oleh juara MasterChef tahun sebelumnya iaitu, Whitney Miller, dan perlu memilih satu daripadanya untuk dimasak oleh semua peserta. Beliau memilih Keli Goreng Rangup dengan Coleslaw dan Keledek Goreng. Peserta perlu menbuat semula hidangan tersebut tanpa sebarang resepi sementara Jennifer diberikan bakul yang berisi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Christian kembali menonjol berbanding cabaran sebelumnya, begitu juga Ben yang membolehkan mereka berdua menjadi ketua pasukan. Alejandra (yang memutuskan untuk meletakkan bawang putih mentah ke dalam sos tartarnya), Adrien (kerana susunan makanan atas pinggan yang buruk), dan Jennie berada dalam 3 yang tercorot, lalu Jennie disingkir.

10 Isnin 11 Julai 2011 Cabaran Berpasukan 3 - Peserta tiba di restoran milik Gordon Ramsay di Hotel London West Hollywood di pusat bandar Los Angeles, lalu mereka dipecahkan kepada dua kumpulan oleh Christian dan Ben, pemenang dalam cabaran yang lepas. Mereka perlu menjamu satu jamuan Hollywood dan menyediakan hidangan pembuka untuk semua tetamu, dengan sedikit sayur, daging dan manisan. Pemenang akan ditentukan mengikut makanan oleh undian tetamu. Pasukan Milik mendahului untuk pembuka selera dengan 64% bagi Gazpaco Duo milik Adrien berbanding Gazpaco milik Suzy yang lebih tradisional. Pasukan Merah kembali menonjol dengan 100% undian bagi Daging Wellington mini oleh Christian, selepas tiada seorang pun mempunyai ulasan yang positif tentang Stik Tartar milik Derrick. Manisan pula menjadi permasalahan bagi kedua-dua pasukan kerana kedua-duanya mahu membuat paf krim tetapi gagal menyiapkannya dalam tempoh yang diberi. Giuseppe (Pasukan Merah) memutuskan untuk bertukar menu kepada Tat Buah Pastri Paf selepas gagal dengan paf krim pertamanya, manakala Esther (Pasukan Biru) membuat hingga tiga kali doh dan menyiapkan pafnya, tetapi inti mousse coklat yang pecah memaksa mereka turut menukar kepada Cawan Buah dengan Krim Putar. Tindakan pantas Giuseppe berbaloi apabila Pasukan Merah mendahului dengan 53% dan Pasukan Biru terpaksa melalui ujian penyingkiran.

Penyingkiran Ujian Tekanan 3 - Semua ahli Pasukan Biru diberikan masa selama 2 jam untuk membuat kek span dengan sekurang-kurangnya 6 lapisan. Juri memuji kek Ben dan Jennifer manakala Tracy punya juga cukup bagus untuk terselamat daripada penyingkiran. Yang terselamat seterusnya ialah Christine, walaupun keknya bersifat "satu dimensi" dengan beri hitam dan krim berganda. Kemudian beralih kepada Suzy yang menyediakan Kek Ganace Coklat dengan Kacang Pekan yang terlebih rumit dan Kek Raspberi Lemon yang tidak seimbang dan terlalu manis dan masam. Kek Esther ternyata dianggap paling lemah berbanding ganace Suzy yang lazat lalu disingkirkan.

11 Isnin 18 Julai 2011 Caaran Kotak Misteri 4 - Dengan udang kara sebahai bahan dalam Kotak Misteri, peserta perlu mengasah lagi kekreatifan mereka. Derrick, Alejandra dan Jennifer menjadi 3 teratas. Christian, yang dianggap pakar makanan laut, menunjukkan sikap kurang hormat terhadap peserta lain dengan memakan masakannya sendiri ketika sesi merasa masakan Jennifer, yang kemudian diberi amaran oleh Joe. Jennifer memenangi Kotak Misteri dengan masakannya, Udang Kara Bakar.

Cabaran Penyingkiran 4 - Dalam cabaran yang bertemakan afrodisiak, Jennifer perlu memilih antara tiram, articok dan trufel untuk semua peserta. Beliau memilih trufel yang mahal dan diberi pilihan untuk menonton peserta lain memasak dari atas beranda dengan segelas champagne, tetapi beliau memutuskan untuk tetap di dapur dan memasak bersama peserta yang lain dengan menyedari beliau turut berisiko untuk disingkirkan. Tracy dan Guiseppe menjadi dua peserta teratas dan dilantik sebagai ketua pasukan untuk cabaran seterusnya. Erryn, Adrien dan Jennifer pula berada dalam 3 yang tercorot. Jennifer, walaupun diberi kelebihan, gagal menyerlah dengan Telur Celurnya. Adrien pula menghidangkan hidangan "bermalapetaka" kerana susunan di atas pinggan yang hodoh dan kuah cili yang terlalu pekat. Erryn pula bermasalah dengan stik hangus dan sayuran yang masih rangup. Apabila Jenifer terselamat, Adrien dan Erryn pula ditinggalkan dengan dua hingan terburuk dengan salah satu daripadanya menjadi "yang terburuk yang pernah dilihat" oleh juri. Chef Ramsay memberi peluang untuk setiap tukang masak itu tampil dan berundur daripada pertandingan, yang Erryn dengan baik hatinya, menerima peluang itu untuk berundur dan membiarkan Adrien untuk meneruskan perjuangan kerana "[sekurang-kurangnya] dia masak stiknya dengan sempurna".

12 Selasa 19 Julai 2011 Cabaran Berpasukan 4 - Pasukan biru dan merah perlu memasak tiga jenis hidangan yang diteliti oleh ibu ketiga-tiga juri. Pasukan biru memenangi cabaran ini walaupun mengambil keputusan berisiko untuk menghidang ikan sebagai entree dengan mengetahui ibu Gordon tidak meminati ikan.

Penyingkiran Ujian Tekanan 4 - Giuseppe hampir disingkir sebelum ujian bermula selepas beliau membuat juri-juri naik marah kerana mempersoalkan selera ketiga-tiga ibu para juri. Pasukan Merah diberi 30 minit untuk menyediakan Telur Benedict. Ben dan Suzy merupakan dua peserta yang memasak dengan hampir sempurna. Selepas diumumkan mereka berdua terselamat, Giuseppe, Derrick dan Alejandra hanya menunggu nasib. Alejandra tidak memuaskan dengan telurnya yang terlebih masak "seperti bola golf" dan sos hollandaise yang tidak semenggah, tetapi diumumkan terselamat. Keputusan kini antara masakan Giuseppe yang memiliki telur kurang masak dan masakan Derrick yang memiliki sos yang tidak cukup sempurna. Akhirnya, para juri memutuskan bahawa menghidang telur mentah merupakan kesilapan yang besar dan Giuseppe tersingkir.

13 Selasa 26 Julai 2011 Cabaran Kotak Misteri 5 - Peserta menemui kekapis bersama-sama bahan lain di dalam Kotak Misteri mereka. Tiga peserta teratas ialah Christian, Adrien dan Ben. Adrien yang menghidangkan Kekapis Tiga Jenis telah mengatasi cubaan berisiko Ben yang menggabungkan kekapis dan pisang.

Cabaran Penyingkiran 5 - Adrien, sebagai pemenang Kotak Misteri, perlu memilih antara sembilan bahagian daging khinzir, dari potongan yang sukar dimasak hinggalah yang paling mudah. Beliau memilih untuk dirinya (khinzir potong) dan memilih bahagian yang lain untuk peserta lain termasuklah yang sukar iaitu pipi khinzir (Christian) dan perut khinzir (Suzy). Peserta diberi masa sejam untuk menyiapkan hidangan khinzir, dan Christine, yang menyediakan hidangan sederhana rusuk lembut khinzir dan memuaskan hati juri, dinamakan sebagai ketua pasukan bagi cabaran yang seterusnya. Derrick dan Ben (yang sempat mengeluarkan kacang mentah daripada kuah cilinya) juga dipuji kerana buat sesuatu yang berlainan dengan potongan khinzir yang berbeza. Suzy dan Jennifer masing-masing menyediakan hidangan yang teruk hinggakan juri meludah keluar makanan mereka, malah juri turut memberitahu Suzy bahawa makanannya adalah yang paling teruk yang pernah dirasa dalam rancangan ini. Walau bagaimanapun, Alejandra telah membuat kesilapan paling besar kerana menyediakan batang pinang khinzir yang mentah sedangkan itulah potongan yang paling mudah dimasak. Alejandra akhirnya tersingkir, tetapi para juri memberitahu Suzy bahawa dia yang sepatutnya pulang jika bukan disebabkan kesilapan Alejandra.

14 Isnin 1 Ogos 2011 Cabaran Berpasukan 5 - Dengan Christine dan Christian sebagai ketua pasukan, pasukan biru dan merah akan menyediakan perkhidmatan katering untuk jamuan kanak-kanak. Menu mereka haruslah termasuk burger kecil dan hidangan sampingan. Walaupun pilihan mereka bukan suatu yang biasa bagi juri, Pasukan Merah mendapat undian terbanyak akhirnya, mengelakkan apa yang dikatakan oleh Chef Ramsay sebagai "Ujian Penyingkiran paling sukar".

Penyingkiran Ujian Tekanan 5 - Christian, Jennifer, Derrick dan Adrien menghadapi cabaran membuat soufflé, yang diberikan kepada mereka untuk disiapkan dalam 90 minit. Disebabkan penentuan jangka masa yang sukar dan sifat makanan yang sungguh lembut, mereka boleh menjamu soufflé terbaik mereka pada bila-bila masa. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal dan perisa yang tidak seimbang, para juri merasakan semua peserta menyediakan soufflé yang cemerlang lalu tiada penyingkiran bagi sesi ini.

15 Selasa 2 Ogor 2011 Cabaran Kota Misteri 6 - Dalam Kotak Misteri bertemakan gabungan makanan laut dan darat, peserta perlu memasak hidangan dengan bahan utama daging dan makanan laut. Adrien, Jennifer dan Suzy berada dalam 3 yang teratas dan risotto Jenniffer memenangi cabaran ini dengan kelebihan untuk memilih hidangan bagi cabaran seterusnya.

Cabaran Penyingkiran 6 - Jennifer perlu memilih antara makanan kegemaran juri semasa kanak-kanak, sama ada Piza pilihan Joe, Makaroni dan Keju kesukaan Graham atau Sup Tomato dan Keju Bakar kegemaran Gordon. Beliau memilih hidangan kegemaran Gordon dan peserta perlu menjadikannya kepada tahap yang lebih tinggi. Sup Christine berasid dan roto kejunya berminyak manakala hidangan Derrick pula tidak seimbang kejunya lalu menyebabkan kedua-dua mereka tersingkir memandangkan tiada penyingkiran pada episod yang lepas. Sebelum Derrick meninggalkan dapur, Chef Bastianich menyatakan yang dia sanggup menggaji Derrick di restorannya.

16 Isnin 8 Ogos 2011 Cabaran Berpasukan 6 - Peserta 6 teratas di bawa ke restoran berbintang Michelin iaitu Patina dan diminta untuk mengendalikan restoran bagi sesi makan malam. Tracy memilih Adrien dan Jennifer sebagai ahli Pasukan Biru manakala Christian dan Ben bersama Suzy dalam Pasukan Merah. Terdapat keadaan kelam-kabut di dapur, tetapi kedua-dua pasukan mampu memulihkan keadaan kemudiannya. Pasukan Merah diumumkan pemenang berdasakan persembahan di dapur dan maklum balas daripada pelanggan dan chef di Patina.

Penyingkiran Ujian Tekanan 6 - Tracy, Jennifer dan Adrien berhadapan Ujian Tekanan dengan tema salmon. Mereka perlu memfilet seekor salmon dan memotongnya kepada sekurang-kurangnya 10 ketulan yang sama. Mereka perlu memasak satu daripada potongan tersebut dan menghidangkannya kepada juri. Jennifer memberikan prestasi yang baik secara keseluruhan walaupun salmonnya tidak cukup masak. Maka, tinggal Adrien dan Tracy. Akhirnya, disebabkan meninggalkan ekor ikan, potongan tidak sekata dan salmon yang tidak cukup masak, Tracy disingkir. Sebagai hadiah perpisahan, juri memberikannya setahun pelajaran kulinari secara percuma dan menawarkannya untuk berkhidmat di mana-mana restoran mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fox-TV Master Chef home page". Dicapai pada June 11, 2011.
  2. ^ "Gordon Ramsay, Joe Bastianch and Graham Elliot announced the MASTERCHEF TOP 18". www.Fox50.com. Dicapai pada June 20, 2011.
  3. ^ Contestants Bios (season 2), Fox.com
  4. ^ Behm, Jennifer. "LinkedIn Profile". Dicapai pada July 16, 2011.
  5. ^ Behm, Jennifer. "ReMax Realty Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-03. Dicapai pada July 16, 2011.
  6. ^ "Chef Suzy Singh Web Site". Dicapai pada June 20, 2011.
  7. ^ "Ben Starr's Web Site". Dicapai pada August 8, 2011.
  8. ^ "Tracy Kontos's Web Site". Dicapai pada June 20, 2011.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-13. Dicapai pada 2021-08-30.
  10. ^ "Alejandra Schrader's Web Site".
  11. ^ "Alejandra Schrader's Blog".
  12. ^ Cobb, Erryn. "LinkedIn Profile". Dicapai pada June 20, 2011.
  13. ^ Raffaelli, Mark. "LinkedIn Profile". Dicapai pada June 20, 2011.