Anjing kacuk Alentejo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mastif Portugis)
Anjing kacuk Alentejo
Anjing kacuk Alentejo jantan
Nama lainRafeiro Alentejo
Negara asalPortugal
Trait
Berat Jantan 45–60 kilogram (99–132 lb)[1]
Betina 35–50 kilogram (77–110 lb)[1]
Tinggi Jantan 66–74 sentimeter (26–29 in)[1]
Betina 64–70 sentimeter (25–28 in)[1]
Bulu pendek hingga sederhana panjang; lurus, tebal, padat
Warna kuning, perang kekuning-kuningan, brindle, kelabu serigala, atau hitam - sentiasa dengan tanda-tanda putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing kacuk Alentejo atau rafeiro Alentejo[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Portugal. Ia dinamai sempena kawasan asal usulnya, Alentejo, di Portugal selatan.[2]:33 Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura,[3] dan diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing jenis ini secara tradisional digunakan untuk melindungi kawanan semasa pindah ternak dua kali setahun ke padang ragut musim panas di pergunungan dan kemudian kembali ke penara Alentejo untuk musim sejuk.[4] Sejak lewat abad kesembilan belas, ia telah dikenali sebagai Rafeiro do Alentejo ("anjing kacuk Alentejo").[4] Pada tahun 1954, baka ini telah diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1]

Sebuah kelab baka, iaitu Associação dos Criadores do Rafeiro do Alentejo ("Persatuan Pembiak Baka Anjing Kacuk Alentejo"), ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai pengganti kepada sebuah kelab terdahulu, Clube Português do Rafeiro do Alentejo ("Kelab Anjing Kacuk Alentejo Portugal").[5][6]

Seekor anjing baka ini bernama Bobi disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai anjing tertua yang pernah hidup, dengan umur 30 tahun dan 226 hari pada 1 Februari 2023.[7][8] Ia mati pada usia 31 tahun dan 165 hari pada 21 Oktober 2023.[9][10]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Rafeiro ialah anjing besar yang lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya dengan dada lebar. Kepalanya besar; matanya kecil dan gelap, telinganya kecil, berbentuk segi tiga, dan tergantung. Lapis bulunya padat dan lurus dan pendek atau sederhana panjang. Ia mungkin hitam, perang kekuning-kuningan, kelabu serigala, atau kuning, sama ada brindle atau tidak, tetapi sentiasa dengan tanda-tanda putih; atau mungkin bertanda putih dengan warna-warna ini.[4] Lapis bulunya tidak setebal lapis bulu pada anjing pastoral lain seperti anjing Tatra Poland.[11]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ کاچوق الينتيجو; رافيرو الينتيجو; Portugis: rafeiro do Alentejo; bahasa Inggeris: rafeiro of Alentejo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Rafeiro do Alentejo (96)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ Gino Pugnetti, Elizabeth Meriwether Schuler (1980). Simon & Schuster's Guide to Dogs (Inggeris). New York; London; Toronto; Sydney; Tokyo; Singapura: Simon & Schuster. ISBN 0671255274.
  3. ^ Rafeiro do Alentejo (Portugis). Lisboa: Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ a b c "FCI-Standard N° 96 RAFEIRO DO ALENTEJO (Rafeiro of Alentejo)" [Piawaian FCI No. 96 Anjing Kacuk Alentejo] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Kelab Kenel Portugal. Disemak oleh Jennifer Mulholland dan Renée Sporre-Willes. 4 Mei 2009. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ Clubes Filiados (Portugis). Lisboa: Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  6. ^ A ACRA (Portugis). Monforte, Portugal: Associação de Criadores do Rafeiro do Alentejo. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  7. ^ Kathryn Armstrong (3 Februari 2023). Bobi breaks Guinness World Record for oldest dog ever (Inggeris). BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  8. ^ Sanj Atwal (2 Februari 2023). Oldest dog EVER record broken by 30-year-old Bobi from Portugal (Inggeris). London: Guinness World Records Limited. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  9. ^ Kathryn Armstrong (23 Oktober 2023). Bobi, the world's oldest dog ever, dies aged 31 (Inggeris). BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  10. ^ "Bobi, anjing tertua di dunia mati pada usia 31". Berita RTM. Lisbon, Portugal. 26 Oktober 2023. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  11. ^ David Hancock (2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds (Inggeris). Ramsbury, Marlborough: The Crowood Press. ISBN 9781847978097.