Masyarakat Indonesia Di Sabah
Kebanyakan Masyarakat Indonesia di Sabah tertumpu di daerah Tawau. Ini kerana Tawau ialah bandar di Malaysia yang terdekat dengan sempadan negara Indonesia di bahagian timur seperti Kalimantan (Nunukan dan Tarakan), Sulawesi dan Timor. Dari daerah Tawau, masyarakat Indonesia bertebaran hingga ke Kunak dan Lahad Datu. Kini, masyarakat Indonesia juga banyak di bandar-bandar lain di seluruh negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Ranau hingga ke Keningau di pedalaman negeri Sabah. Secara umumnya, Tawau ialah daerah di Malaysia yang memiliki jumlah penduduk asing terpadat di negara ini.
Kini setelah hampir 40 tahun sejak merdeka, sebahagian besar warga Indonesia ini khususnya etnik BUGIS telah diberikan taraf kewarganegaraan sehingga mereka menjadi penduduk majoriti di Tawau melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri ( warganegara Malaysia semasa Sabah merdeka pada tahun 1963 ). Mengikut rekod dan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk asing yang berdaftar di Sabah termasuklah dari negara Filipina adalah melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pendatang di Sabah.
Masyarakat Indonesia yang datang bekerja di negeri Sabah terdiri pelbagai bangsa. Namun majoritinya iaitu 80% daripada ialah bangsa Bugis. Kehadiran masyarakat Bugis Indonesia ini bertumpu di Tawau mempunyai beberapa sebab. Antaranya ialah kerana lokasinya yang strategik untuk kemasukan pendatang asing , jaraknya yang terdekat dengan Sulawesi Selatan, kawalan imigresen yang sangat longgar dan tiadanya tindakan penguatkuasaan tangkapan dan sebelum tahun 2000 serta laluan pintu masuk pantainya yang terbuka luas dan sukar dikawal. Jika berkunjung di sekitar bandar Tawau, rakyat Bugis Indonesia ini boleh dilihat bebas berkeliaran di mana mana dengan yang jumlahnya yang sangat ramai dan sungguh menyesakkan melainkan ketika adanya operasi tangkapan oleh pihak yang berkuasa.
Selain dari bangsa Bugis bangsa Indonesia yang lainnya pula ialah bangsa Toraja, bangsa Timor dan bangsa Butun. Terdapat juga segelintir bangsa Jawa Indonesia dan lain lain bangsa yang terdapat di Indonesia. Umumnya mereka semua ini datang ke Sabah terutamanya Tawau secara beramai ramai sejak tahun 1980an dimana ketika itu Sabah menjadi negeri yang meningkat maju dan menjadi lubuk mencari rezeki dari pendatang Indonesia. Masyarakat Indnesia di Sabah khususnya di Tawau sebenarnya sangat bertuah kerana mereka bukan sahaja dibenarkan bekerja di Sabah tanpa jumlah had kawalan malah dibenarkan tinggal dan membuka kampung ( setinggan ) secara haram di tanah-tanah kerajaan iaitu tempat yang terlarang untuk rakyat tempatan. Namun di sebalik kebenaran bekerja secara sah, ramai juga masyarakat Indonesia pendatang yang wujud di Sabah secara haram iaitu tanpa dokumen yang sah sama ada kerana tidak mampu menyambung dokumen pasport bekerja yang tamat tempoh atau kerana sememangnya tidak pernah memohon pasport bekerja dan masuk secara haram ke Sabah.
Bangsa Bugis Indonesia
Bangsa Bugis Indonesia adalah rakyat indonesia yang teramai atau majoriti di Sabah. Mereka ini sebenarnya berasal dari daerah Sulawesi Selatan seperti dari Kabuten ( daerah ) Watampone, Kamputen Enrekang, Kabuten Pinrang, Kabupaten Sinjai, Kabupaten Bulukumba, Kabupaten Rappang dan banyak lagi.
Bangsa Turaja Indonesia
Bangsa Toraja pula berasal dari Tanah Tinggi Toraja di tengah tengah Sulawesi selatan. Mereka juga dikenalo sebagai bangsa Tatur. Walaupun berasal dari Sulawesi selatan namun mereka berbeza dengan bangsa Bugis terutamanya keraja mereka umumnya beragama Kristian. Mereka juga mempunyai adat dan bahasa yang berbeza dengan bangsa Bugis. Di Tawau , bangsa Turaja atau 'Tatur' ini agak dikenali dengan kepakaran mereka dalam aktiviti penanaman sayur.
Bangsa Timor Indonesia
Bangsa Timur bukan berasal dari dari Sulawesi selata tetapi dari kepulauan Timor termasuklah negara Timor Leste yang dengan Pulau Sulawesi. Umumnya mereka seperti bangsa Turaja juga beragama Kristian. Di Tawau, mereka dikenali sebagai bangsa yang rajin dan kuat bekerja. Secara fizikalnya, mereka dapat dibezakan dengan fizikal yang tegap, berambut kerinting dan berkulit gelap.
Bangsa Butun Indonesia
Bangsa Butun Indonesia tidak begitu ramai di Sabah dan mereka boleh dilihat hidup bersama dengan bangsa Bugis kerana beragama Islam seperti bangsa Bugis. Namun begitu, bangsa Butun ini sebenarnya mempunyai bahasa dan adat yang berbeza dengan bangsa Bugis Indonesia. Ini kerana kampung halaman mereka di Indonesia bukanlah di Sulawesi Selatan tapi di Sulawesi Tenggara iaitu di sekitar Kota Kendari dan juga di Pulau Buton.
Bangsa Jawa Indonesia
Hanya sedikit sahaja Jawa Indonesia di Tawau,Sabah dan mereka ini adalah berbeza dengan masyarakat Melayu keturunan jawa yang ada di Tawau. Ini kerana masyarakat Melayu keturunan Jawa telah wujud di Taway sejak beratus tahun manakala bangsa Jawa Indonesia datang ke Tawau selepas kemerdekaan dan Sabah meningkat maju. Oleh sebab bangsa Indonesia di Sabah bukanlah warganegara Malaysia, kebanyakan mereka hidup di Tawau dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan di gerai gerai atau menjual bakso, gado-gado dan sate menggunakan motor dari rumah ke rumah.
Isi kandungan |
Sejarah Tawau [sunting]
Tawau adalah sebuah bandar yang terletak di sudut tenggara negeri Sabah. Dahulunya Tawau dikenali sebagai 'Tanjung' oleh masyarakat tempatan ( natives ). Mengikut sejarahnya, daerah Tawau dahulunya adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu termasuklah daerah Sandakan ( Sanda'an : pajakan ( dalam bahasa Sulu ) dan Lahad Datu : Tempat Persinggahan Datu ( dalam bahasa Sulu ) dan Kudat. Tawau seperti juga Sandakan dan Kudat dianggapkan sebagai 'Tanah Besar' bagi masyarakat Suluk bersama-sama masyarakat Tidung, Sungai, Dusun dan Ida'aan. Tidaklah hairanlah semasa kedatangan British, telah wujud penempatan kecil kaum nelayan di kawasan Tawau ini yang merupakan terdiri dari kalangan masyarakat Melayu Suluk dan Melayu Tidung. Mereka telah diiktiraf oleh Kerajaan British dan masyarakat Cina sebagai kaum peribumi atau 'natives'.
Setelah penyerahan kuasa daripada Kesultanan Sulu kepada British Chartered Company pada 1878, Tawau telah ditadbir dengan lebih teratur. Pejabat Residen dan Pejabat Daerah ( District Office ) telah dibina yang mana Residen dan Pegawai Daerah berbangsa Inggeris telah dilantik. Seorang penduduk tempatan Sabah, Kee Abdullah ( berbangsa Sino-Dusun yang dibesarkan oleh dalam keluarga Suluk Kudat dan berkahwin dengan gadis Melayu Suluk Tawau ) juga telah dilantik sebagai pegawai kerajaan yang pertama di Tawau pada 16 Oktober 1898. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Penghulu pertama dan bergelar Orang Kaya Kaya ( OKK ). Bersama-sama beliau, telah dilantik beberapa orang Melayu tempatan Tawau untuk bekerja di pejabat daerah Tawau seperti Habib Sheikh, Imam Mustafa dan Serang Saman.
Kedatangan masyarakat Cina di Tawau ialah bermula pada tahun 1900 kerana bekerja di lombong arang batu yang terletak di Silimpopon, 80 km dari Tawau. Mereka adalah pekerja-pekerja kepada syarikat perlombongan Cowie Harbour Coal Company yang mana perlombongan arang batu syarikat ini merupakan hasil eksport utama pada masa itu. Selain itu,banyak juga masyarakat Cina yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kalangan masyarakat tempatan ( natives )iaitu masyarakat Suluk, Tidung, Bulungan. Masyarakat Cina ini senang bergaul dan amat menghormati masyarakat tempatan Tawau.
Masyarakat Indonesia di Tawau [sunting]
Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan mencapai kemajuan yang pesat dengan hasil kayu balak yang melimpah ruah dan kini hutannya pula telah ditanam dengan kelapa sawit yang menguntungkan, Tawau sudah menjadi antara bandar yang termaju di Sabah. Tidak hairanlah Tawau menjadi tumpuan masyarakat Indonesia untuk mencari pekerjaan.Jika sesiapa yang berkunjung ke Tawau, pasti terkejut dengan jumlah penduduk Indonesia yang terlalu ramai di Tawau. Mungkin yang teramai di seluruh Malaysia. Masyarakat Indonesia ini majoritinya adalah Masyarakat Bugis yang berasal dari Sulawesi Selatan. Selain Bugis, masyarakat pendatang dari Indonesia ialah Toraja dan Timor. Terdapat juga sedikit masyarakat pendatang dari Filipina seperti Visaya dan Tausuq. Kedatangan masyarakat pendatang ini adalah untuk mencari pekerjaan di Malaysia , bayaran gaji di Malaysia terlalu tinggi berbanding di negera mereka. Mereka juga boleh membuat sebarang perniagaan yang pastinya jualan mereka pasti laku dan sangat menguntungkan. Dengan pendapatan yang lumayan ini, mereka juga dapat hidup senang dan selesa di Bumi Malaysia. Majoriti masyarakat Indonesia ini adalah pemegang pasport pekerjaan dan ramai yang telah memohon kerakyatan Malaysia. Namun terdapat ramai yang bekerja tanpa dokumen perjalanan yang sah sehingga kerajaan melalui jabatan imigresen, polis dan RELA bersama-sama mengesan pendatang tanpa izin ( PATI ) ini dan menahan sementara di pusat-pusat tahanan sementara ( Penampungan ).
Masyarakat Bugis Di Tawau [sunting]
Sebagai masyarakat pendatang majoriti di Tawau, masyarakat Bugis kini telah menguasai hampir keseluruhan aktiviti ekonomi di Tawau. Dari perniagaan di pasar-pasar, syarikat bas pengangkutan hingga ke jualan pasar malam. Dari Tawau, mereka bertebaran ke seluruh negeri Sabah seperti di Kota Kinabalu dan Ranau hingga ke Semenanjung Malaysia. Sehingga kini ramai masyarakat Bugis telah memohon dan diberikan hak kerakyatan Malaysia. Sekitar tahun 1980an dulu , bagi sesetengah masyarakat Bugis Indonesia ini, anak-anak mereka yang dilahirkan di Malaysia dengan pendaftaran menggunakan surat sumpah juga diberikan peluang mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan, memasuki universiti termasuklah Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dan akhirnya menjawat jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti guru, doktor dan pensyarah. Walaupun ibu bapa dari bekas warganegara Indonesia dan datang ke Malaysia sebagai pekerja asing namun hari ini anak-anak mereka telah hidup senang dan mewah di Malaysia.
Masyarakat Bugis sebenarnya terdiri daripada pelbagai suku kaum Bugis mengikut tempat asal mereka di Sulawesi Selatan seperti Bugis Bone, Bugis Enrekang dan Bugis Pinrang. Namun bangsa Bugis ini tidaklah sama dengan Bangsa Makasar, penduduk majoriti di Kota Makasar ( Ujung Pandang ), bangsa Toraja di Tanah Tinggi Sulawesi Selatan, bangsa Mandar di Sulawesi Barat ( Kota Mamuju ), bangsa Khaili di Sulawesi Tengah ( Kota Palu ), bangsa Buton di Sulawesi Tenggara ( Kota Kendari ) dan bangsa Minahasa di Sulawesi Utara ( Kota Manado ). Oleh kerana kepadatan tinggi di Kota Makasar yang dikuasai bangsa Makasar, bangsa Bugis banyak keluar mencari pekerjaan di kota-kota lain di Indonesia seperti Samarinda, Tarakan dan Nunukan. Dengan adanya Tawau, bandar negara Malaysia yang terdekat, mereka berduyun-duyun datang untuk mencari rezeki di Malaysia yang memang menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Bugis Indonesia yang berhijrah sekitar era 1980an, 1990an dan kini 2000an ini, sangat berbeza dengan masyarakat Melayu keturunan Bugis yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka ini adalah warganegara Indonesia yang mana kewujudan Indonesia pada 1947. Jarak masa yang beratus tahun tidak memungkin wujud persamaan lagi tambahan pula , masyarakat Bugis Indonesia sudah terlalu lama hidup dalam budaya bugis dan budaya Indonesia yang tersendiri.
Di Tawau, masyarakat Bugis juga adalah Bugis Indonesia. Adat dan budaya Bugis sangatlah berbeza dengan adat dan budaya masyarakat Melayu tempatan. Dari segi adat pergaulan, adat kenduri, adat perkahwinan dan pakaian tradisi adalah tidak sama dengan adat masyarakat Melayu Malaysia. Budaya kehidupan mereka juga amat berbeza. Masyarakat Bugis di Tawau ini seperti juga saudara mereka iaitu Bugis di Indonesia mengamalkan budaya cara hidup Indonesia. Mereka mengemari lagu-lagu dan artis-artis Indonesia serta tarian dangdut.
Namun kini anak-anak pendatang Bugis ini ramai yang sudah tidak mahu mengamalkan budaya masyarakat Bugis mereka yang mirip budaya Bugis Indonesia. Mereka sudah ramai yang memilih unutk hidup dalam budaya masyarakat Melayu temapatan Tawau ( natives ). Mereka juga sudah malu bertutur dalam bahasa Bugis atau dalam loghat Bugis sebaliknya bertutur dalam bahasa Melayu loghat tempatan Tawau. Mereka juga tidak mahu lagi nama-nama bugis sebaliknya memilih nama-nama Melayu kepada anak-anak mereka. Walaupun bagaimanapun mereka tetap tidak melupakan saudara mara mereka di Sulawesi Selatan. Mereka tetap menganggap Sulawesi Selatan adalah kampung halaman mereka. Istilah 'Balik Kampung' bagi masyarakat Bugis ialah balik mengunjungi saudara di kampung iaitu Sulawesi Selatan.
Rujukan [sunting]
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau dan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah