Mat Bond
| Mat Bond | |
|---|---|
| Pengarah | Mat Sentul & M. Amin |
| Penerbit | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
| Lakonan | Mat Sentol, Siti Tanjung Perak |
| Sinematografi | Hitam-putih |
| Mula ditayang | 1967 |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Mat Bond merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1967. Filem Mat Bond diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Mat Bond diarah oleh pengarah Mat Sentul & M. Amin pada 1967.
Isi kandungan |
Ringkasan [sunting]
Mat Bond (Mat Sentol) berangan-angan menjadi seorang ejen sejak kecil lagi. Suatu hari, Mat Bond menemui tiga biji pil ketika memancing. Dia menelan sebiji lalu mendapat satu kuasa luar biasa. Pil itu sebenarnya ciptaan seorang doktor daripada kumpulan yang diketuai oleh Bossman (Malek Selamat) dan boleh memanjangkan umur. Hanya tiga butir pil wujud, namun boleh digunakan dalam tempoh 48 jam sahaja. Ia menjadi rebutan ramai orang. Mat Bond ditugaskan oleh sebuah kelab untuk mendapatkan pil tersebut. Tetapi sebaliknya dia yang menjadi buruan beberapa kumpulan lain kerana memiliki pil berkenaan.
Akhirnya, tempoh masa 48 jam berlalu tanpa sesiapa pun berjaya menggunakan baki pil yang tinggal.
Pelakon [sunting]
- Mat Sentol (Mat Bond)
- Siti Tanjung Perak
- Malek Selamat
- Dollah Selamat
Lagu [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Mat Bond di Filem kita