Mat Burger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mat Burger merupakan sebuah drama komedi yang pernah ditayangkan di RTM1. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan kehidupan 4 bekas graduan universiti iaitu Aidil, Arab, Bob dan Mus yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan walaupun sudah berusaha mengisi pelbagai borang pekerjaan.

Graduan ini mula mencari alternatif sendiri dengan membuka perniagaan bagi mendapatkan wang secara halal. Setelah berpakat Aidil mencadangkan mereka membuka warung makanan dan mendapat tempat tidak jauh dari rumah mereka untuk menjual mi dan nasi goreng.

Mereka bercadang membuka sebuah kafe dan sibuk menyiapkan kertas kerja untuk dihantar kepada beberapa buah bank. Akhirnya mereka bercadang membuka gerai menjual burger sahaja kerana modal yang diperlukan kecil dan lebih mudah dikendalikan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]