Mathieu Kassovitz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mathieu Kassovitz

Mathieu Kassovitz (lahir 3 April 1967) adalah seorang pengarah, penulis skrip, penerbit dan pelakon Perancis, terkenal dengan dramanya La Haine yang memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Cannes. Beliau juga dikenali menerusi Amélie, sebuah filem 2001 arahan Jean-Pierre Jeunet.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mathieu dilahirkan di Paris kepada pasangan Chantal Rémy, seorang penyunting filem dan Peter Kassovitz, seorang pengarah dan penulis. Ibunya berketurunan Katolik Perancis dan bapanya Yahudi Hungary, yang meninggalkan Hungary di zaman Revolusi Hungary pada 1956. Mathieu bernikah dengan mantan pelakon wanita Perancis, Julie Mauduech dan dikurniakan seorang puteri, Carmen. Julie kini merupakan pereka kostum filem.