Lemah tenaga batin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mati pucuk)
Lompat ke: pandu arah, cari
Lemah tenaga batin
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 F52.2, N48.4
ICD-9 302.72, 607.84
P. Data Penyakit 21555
eMedicine med/3023
MeSH D007172
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.[1]

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.

Punca[sunting | sunting sumber]

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari [2][3], darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Diagnosis / kaedah mengesan[sunting | sunting sumber]

Setakat ini tiada cara yang formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism prolactinoma.Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit 'peripheral vascular'.

Kaedah yang berkesan untuk membezakan pesakit mengalami ED secara organik atau psikologi ialah mengetahui samaada pesakit pernah mengalami ereksi atau tidak.

Ujian klinikal bagi mengesan ED[sunting | sunting sumber]

Ereksi zakar sewaktu tidur (Nocturnal Penile Tumescene - NPT)
Untuk lelaki normal, mereka akan mengalami ereksi sebanyak 3 - 6 kali sewaktu tidur pada waktu malam, terutamanya semasa 'pergerakan pantas mata' atau 'Rapid eye movement sleep' (REM). Jika ini tidak berlaku ia mungkin disebabkan oleh kerosakan urat saraf atau saliran darah ke dalam zakar.Ia boleh diketahui dengan menggunakan peralatan seperti :

  • Test Bands @ Snap Gauge

Kertas atau filem yang diletakkan pada zakar sebelum tidur,apabila terjaga keesokkan paginya, lihat samaada kertas atau filem tadi terlah teputus/koyak atau tidak,jika ya maka ereksi telah berlaku semasa tidur,jika tidak peseakit mungkin mengalami masalah ED

  • RigiScanTM

Sejenis alat yang perlu dipasang sebelum tidur pada zakar,sewaktu tidur, ia akan merakamkan aktiviti zakar seperti bilangan ereksi dan kekenyalan zakar.

  • Nocturnal Electrobioimpedance Volume Assement (NEVA)TM

Alat yang berfungsi berasaskan prinsip rintangan bio-elektrik.Ia dapat merekodkan aktiviti zakar sewaktu tidur seperti bilangan ereksi, jumlah darah yang keluar atau masuk ke dalam zakar,keratan rentas zakar dan panjang zakar.

Ultrasound duahala (Duplex ultrasound)
Funsgi Saraf Zakar (Penile Nerve Function)
Angiogram Zakar (Penile Angigram)
Biothesiometri Zakar (Penile Biothesiometry)

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:[4]

Rawatan Oral

3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum eks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.

Alprostadil

Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus - biasanya sebelum bersenggama.

Pam hampagas zakar

Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.

rawatan hormon

Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.

Pembedahan

Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.[5]

Khidmat nasihat

Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.

Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalu pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur dan mahal.

Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri.

Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.

Jenis Rawatan Kelebihan Kekurangan / Kesan Sampingan
Rawatan Oral
* Sildenafil Citrate (Viagra)
* Cialis
* Levitra
- Efektif
* Memberikan kesan kepada 65% - 85% lelaki yang bermasalah
- Tidak kos efektif untuk jangaka masa panjang (mahal)
* Boleh menyebabkan pening kepala
* Boleh meyebabkan muka menjadi merah (flushing)
* Sakit pada bahagian perut (Dyspesia)
Implan Zakar Kadar keberkesanan 81% - 90% * Komplikasi jangka panjang
- Mahal
* Jangkitan dan 'erosion'
* Pembedahan lanjutan perlu dilakukan untuk membuang implan tersebut
Pam Vakum * Selamat dan tidak melibatkan pembedahan
* Sedia digunakan untuk semua pesakit ED
* Boleh digunakan berulang - ulang kali
* Lebih murah daripada Implan Zakar
* Tidak menyakitkan
* Risiko Phimosis jika getah penambat pam dibiar melebihi 30 minit pada pangkal zakar
* Perlu mengepam sebelum persetubuhan ingin dilakukan
* Kurang selesa pada setengah penguna
* Getah penambat mudah terkoyak jika digunakan dengan cara yang kasar
Terapi Psikologi * Sesuai untuk pesakit ED secara psikologi
* Sesuai untuk orang yang mengalami masalah dipresi
* Doktor atau penyelidik perlu melakukan beberapa susulan janji temu untuk mendapatkan hasil
* Tidak boleh mengatasi masalah ED secara organik
* Terapi Suntikan Intracavernous
* Pembedahan Vaskular
* Kadar kejayaan yang tinggi
* 80%- 90% kadar kejayaan
* Rawatan secara dalaman
* Perlu pembedahan dan suntikan
* Menyakitkan
Terapi Fizikal
* Senaman Otot Lantai Pelvik2
* Senaman Aktiviti Fizikal Unik
* Solat
* Secara luaran
* Tidak menyakitkan dan tiada(sangat sedikit) risiko
* Jika rawatan berjaya, ereksi yang berlaku adalah secara semulajadi (berlawanan dengan kaedah lain)
* Pasakit perlu mempunyai /diberikan motivasi untuk menlakukan senaman
* Tempoh rawatan mengambil masa yang agak lama 3-6 bulan
Urutan Tradisional
* Teknik tradisional pada setengah budaya untuk mengatasi masalah ED
* Kaedah yang berjaya pada sesetengah individu
* Rawatan adalah secara luaran
* Terapi rawatan yang lebih kasual dan santai
* Perawat biasanya memberi tips untuk kesihatan seksual
* Kaedah ini memberi terapi yang positif pada pesakit
* Tidak mempunyai kesan sampingan seperti pengunaan ubat-ubatan
* Tidak semua pesakit pulih dengan cara ini
* Caj rawatan kadang-kadang terlalu mahal
* Perlu mendapatkan rawatan secara kerap untuk faktor kejayaan yang lebih tinggi
* Urutan boleh menyakitkan walau bagaimanapun tidak semua perawat mengurut di bahagian sensitif

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. TO Lim,A Das,S Rampal, M Zaki,RM Sahabudin,MJ Rohan dan S Isaacs,Crosscultural adaptation and validation of the English Version of Erectile Dysfunction(IIEF) for use in Malaysia,International Journal of Impotence Reseach (2003) 15,329-336
  2. Marijke Van Kampen,Willy De Weerdt,Hubert Claes,Hilde Feys,Mira De Maeyer,Hendrik Van Poppel,Treatment of Erectile Dysfunction by Perineal Excercise,Electromyografic Biofeedback and Electrical Stimulation,Physical Therapy. Volume 83. Number 6, June 2003

Pautan luar[sunting | sunting sumber]