Matsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gion Matsuri, Kyoto
Kemeriahan pasar (Hana Matsuri-Ayu Matsuri)

Matsuri (?) adalah kata dalam bahasa Jepun yang menurut agama Shinto bermaksud acara yang dipersembahkan untuk Kami, sedangkan menurut pengertian sekular bermaksud festival, perayaan atau hari cuti perayaan.

Matsuri diadakan di banyak tempat di Jepun dan pada umumnya diadakan di jinja atau kuil, walaupun ada juga matsuri yang diadakan di gereja dan matsuri yang tidak berkaitan dengan institusi keagamaan. Di daerah Kyushu, matsuri yang dilangsungkan pada musim gugur disebut Kunchi.

Sebahagian besar matsuri diadakan untuk mendoakan pertambahan tangkapan ikan dan hasil tuaian (beras, gandum, kacang, jagung), kecemerlangan dalam perniagaan, kesembuhan dan ketahanan terhadap penyakit, keselamatan dari bencana, dan sebagai ucapan terima kasih setelah berjaya menyelesaikan tugas berat. Matsuri juga diadakan untuk merayakan tradisi yang berkaitan dengan pergantian musim atau mendoakan roh tokoh terkenal. Makna upacara yang dilakukan dan waktu pelaksanaan matsuri bermacam-macam bergantung kepada tujuan diadakan matsuri. Matsuri yang mempunyai tujuan dan maksud yang sama dapat mempunyai makna upacara yang berbeza bergantung kepada daerah itu.

Matsuri sering mempunyai perarakan Mikoshi, Dashi (Danjiri) dan Yatai yang semuanya merupakan nama-nama kenderaan berisi Kami atau objek pemujaan. Matsuri turut boleh dijumpai ialah Chigo (anak kecil), Miko (gadis pelaksana upacara), Tekomai (lelaki berpakaian wanita), Hayashi (musik khas matsuri), penari, peserta dan penonton yang berdandan dan berpakaian cantik, dan pasar yang mempunyai aneka macam makanan dan permainan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Matsuri berasal dari perkataan matsuru (祀る? menyembah, memuja) yang bermaksud pemujaan terhadap Kami atau upacara yang terkait. Dalam teologi agama Shinto mempunyai empat unsur dalam matsuri: penyucian (harai), persembahan, pembacaan doa (norito), dan pesta makan. Matsuri yang paling tua yang dikenal dalam mitologi Jepun adalah upacara yang dilakukan di hadapan Amano Iwato.

Matsuri dalam bentuk pembacaan doa masih wujud seperti dalam bentuk Kigansai (permohonan secara individu kepada jinja atau kuil untuk didoakan) dan Jichinsai (upacara sebelum pembinaan bangunan). Pembacaan doa yang dilakukan sami Shinto untuk individu atau kumpulan di tempat yang tidak kelihatan orang lain merupakan bentuk awal matsuri. Kini, Ise Jingū merupakan salah satu contoh kuil agama Shinto yang masih mengadakan matsuri dalam bentuk pembacaan doa yang eksklusif untuk orang yang tertentu dan orang ramai tidak dibolehkan turut serta.

Sesuai dengan perkembangan zaman, tujuan diadakan matsuri sering melencong jauh dari maksud matsuri yang sebenarnya. Matsuri sering diadakan sebagai perayaan tanpa apa-apa makna keagamaan.

Tiga matsuri terbesar[sunting | sunting sumber]

Matsuri yang terkenal[sunting | sunting sumber]

Daerah Tohoku[sunting | sunting sumber]

Nebuta Matsuri, Aomori
  • Nebuta Matsuri (kota Aomori, bulan Ogos) dan Neputa Matsuri (Hirosaki, bulan Ogos)
  • Kantō Matsuri (kota Akita, bulan Ogos)
  • Sendai Tanabata Matsuri (kota Sendai, bulan Ogos)

Daerah Kanto[sunting | sunting sumber]

Daerah Chubu[sunting | sunting sumber]

  • Owarafū no bon (kota Toyama, Prefektur Toyama, bulan September)
  • Shikinenzōei Onbashira Daisai (kota Suwa, Nagano, diadakan setiap 6 tahun sekali, terakhir diadakan bulan April-Mei, 2004).
  • Takayama Matsuri (kota Takayama, Gifu, bulan April dan bulan Oktober)
  • Furukawa Matsuri (kota Hida, Gifu, bulan April)

Daerah Kinki[sunting | sunting sumber]

Nada no Kenka Matsuri, Himeji
  • Aoi Matsuri (Kyoto, bulan Mei)
  • Jidai Matsuri (Heian-jingu, Kyoto, bulan Oktober)
  • Tōdaiji Nigatsudō Shuni-e atau dikenal sebagai Omizutori (Nigetsu-dō, kuil Tōdaiji, Nara, 12 Mac)
  • Kishiwada Danjiri Matsuri (Kishiwada, Prefektur Osaka, 14-15 September)
  • Nada no Kenka Matsuri dan Banshū no Aki Matsuri (Hyogo, diselenggarakan lebih dari seratus jinja di daerah Banshū dengan pusat keramaian di kota Himeji pada bulan Oktober)
  • Nachi no Hi Matsuri (Nachi Katsuura, Wakayama, bulan Julai)
  • Aizen Matsuri, Tenjinmatsuri dan Sumiyoshi Matsuri yang dikenali sebagai "Tiga Matsuri Musim Panas Terbesar di Osaka" (Osaka, bulan Jun-Julai)

Daerah Chugoku dan Shikoku[sunting | sunting sumber]

Daerah Kyushu[sunting | sunting sumber]

Pengertian lain[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Kepun, perkataan "matsuri" juga bermaksud keraian atau festival dan aksara kanji untuk matsuri (?) dapat dibaca sebagai sai, sehingga dikenali dengan istilah seperti Eiga-sai (festival filem), Sangyō-sai (festival menuai), Ongaku-sai (festival muzik) dan Daigaku-sai (festival universiti).

Shimin Matsuri adalah sebutan untuk matsuri yang diselenggarakan pemerintah daerah atau kelompok warga kota untuk menghidupkan ekonomi daerah dan umumnya tidak berkaitan dengan institusi keagamaan.

Festival dan Matsuri yang lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]