Matteo Carcassi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matteo Carcassi

Matteo Carcassi (1792 – 16 Januari 1853) ialah seorang pemain dan penggubah gitar klasik bangsa Itali yang masyhur.

Carcassi bermula dengan piano tetapi mempelajari gitar semasa masih kanak-kanak, dan dengan pentas mendapat nama sebagai seorang pemain gitar konsert virtuoso.

Carcassi berpindah ke Jerman pada tahun 1810 di mana beliau mencapai kejayaan dengan cepat. Pada tahun 1815, beliau tinggal di Paris dan meyara hidup sebagai seorang guru piano dan gitar. Beliau bertemu Antoine Meissonnier, seorang pemain gitar terampil yang menjadi rakan baiknya, semasa mengadakan konsert di Jerman pada tahun 1819. Meissonnier menerbit banyak karya Carcassi melalui syarikat penerbitannya di Paris.

Carcassi banyak menghabiskan masanya di Paris pada tahun 1820-an. Beliau menempah nama sebagai seorang pemain dan guru gitar dengan mengadakan beberapa konsert yang amat berjaya di London pada tahun 1923. Namun, di Paris, namanya tidak berapa terkenal kerana kehadiran di Paris seprang lagi pemain gitar virtuoso, Ferdinando Carulli yang "amat disanjungi" peminatnya.

Carcassi membuat beberapa konsert di pusat-pusat kebudayaan utama di Eropah sambil tinggal di Paris. Beliau berhenti membuat konsert pada lingkungan tahun 1840 dan meninggal dunia di Paris pada tahun 1853.

Carcassi menghasilkan sebuah "kaedah" gitar, (Op. 59) yang masih relevan, menarik dan bernilai. karya-karya termasyhurnya dihimpun dalam 25 Kajian, Op.60. Dalam kajian-kajian ini, Carcassi mengadun keterampilan teknik dengan muzik romantis yang unggul. Inilah sebabnya muziknya masih dipersembahkan oleh pemain gitar klasik hingga ke masa ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Muzik kertas[sunting | sunting sumber]

<1--Templat:Classical guitar-->