Matteo Ricci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matteo Ricci
Matteo Ricci (left) and Xu Guangqi (徐光啟) (right) in the Chinese edition of Euclid's Elements (幾何原本) published in 1607.
Kelahiran(1552-10-06)6 Oktober 1552
Meninggal dunia11 Mei 1610(1610-05-11) (umur 57)

Matteo Ricci (6 Oktober 1552 - 11 Mei 1610) merupakan pengasas paderi Kristian di China abad 17-18. Matteo Ricci lahir pada 1552 di Macerata, Itali.

Pada 1577 beliau memohon menyertai mubaligh ke India. Pelayaran bermula Mac 1578 dari Lisbon, Portugal. September 1578 tiba di Goa,India sebuah koloni Poetugis. 1582 dia dihantar ke Macao dan seterusnya ke China. Aktiviti paderi Kristian hanya terhad di China sahaja. Mereka belajar bahasa China.

Pada 1583 , Ricci menerima pelawaan Gabenor Zhaoqing bernama Wang Pan dari 1583-1589. Selepas itu beliau telah diusir. Selama di Zhaoqing, beliau telah menghasilkan peta dunia dalam bahasa China dengan negara China terletak di tengah-tengah (titik rujukan). Peta ini dihasilkan di atas kertas nasi dan hanya 6 salinan yang bertahan sehingga kini. Peta itu dikenali kini sebagai Kunyu Wanguo Quantu.

Antara 1583-88 Ricci bersama-sama dengan Michele Ruggieri telah menghasilkan kamus bahasa Portugis - China. Kamus ini akhirnya ditemui pada 1934 dan diterbitkan pada 2001. "Ricci Memorial Centre" telah dibina di China bagi memperingati jsa-jasa beliau, mungkin dibina pada 1860. 1589 Ricci telah diusir dari China. Beliau dizinkan pindah ke Shaoguan.Dia juga pernah ke Nanjing dan Nanchang.Beliau meninggal dunia di Beijing pada 11 Mei 1610 pada usia 58.

Pengkristianan[sunting | sunting sumber]

Matteo Ricci boleh berbahasa China dengan cepat bagi memudahkan beliau menyebarkan agama Kristian di Macao dan seterusnya di China.Baginya Tuhan China Syurga adalah identik dengan Yesus Kristus. Beliau bersetuju penghormatan orang mati dalam budaya China. Ketika itu pemikiran Konfusius adalah yang dominan dalam Dinasti Ming. Pelbagai buku telah diterjemahkan dengan bantuan sarjana Xu Guangqi.Dia mengajarkan Su-gwang Yi (rakyat Korea) tentang prinsip asas Katolik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]