Maut (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maut
Poster keluaran tayangan
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisBade Hj. Azmi
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 15 Januari 2009 (2009-01-15) (Malaysia)
Masa tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.50 juta
Pecah panggungRM 1.60 juta

Maut ialah sebuah filem keagamaan Malaysia 2009[Nota 1] arahan sulung Bade Hj. Azmi. Filem berunsur ketuhanan ini menghimpunkan tiga kisah yang berbeza.[1] Filem yang pada awalnya menggunakan tajuk penerbitan Malaikat Maut ini telah terperam selama lebih dua tahun di Lembaga Penapisan Filem sebelum ditayangkan dengan beberapa babak dipotong dan tajuk ditukarkan kepada Maut.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Maut dimulakan dengan petikan daripada al-Quran Surah As-Sajdah ayat 11 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan untuk berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima pembalasan)."[3]

Cerita 1: Syaaban[sunting | sunting sumber]

Kisah pertama menceritakan mengenai Su (Liyana Jasmay) dalam perjalanan pulang dari universiti lalu menemui seorang gadis, Fadilah (Noreminadiya). Fadilah meminta pertolongan Su untuk tumpang berteduh di rumahnya dan Fadilah telah diragut. Fadilah menghilangkan diri keesokan harinya, sementara Su mendapati berita kehilangannya terpapar di televisyen. Su menyiasat tentang Fadilah dan menemui mayatnya serta mendapati yang mendatanginya sebelum ini ialah roh Fadilah yang meminta tolong.

Cerita 2: Ramadan[sunting | sunting sumber]

Kisah kedua mengenai Farah (Sabrina Hassan), seorang pramugari mengamalkan gaya hidup bebas dan maksiat yang berkahwin dengan lelaki Inggeris, Duke (Mohamad Bathich). Ketika di parti meraikan perkahwinan mereka, Farah mendapati Duke intim dengan wanita lain dan bergaduh besar. Farah yang dalam kebingungan pengsan ketika menuju ke masjid. Umie (Diana Danielle) yang juga hidup dipenuhi kemaksiatan membawa Farah ke hospital. Setelah sedar, Farah menceritakan apa yang dilaluinya ketika dalam keadaan koma kepada Umie. Dia telah diseksa di suatu tempat yang digambarkan seperti neraka. Umie kemudiannya insaf dan Farah kembali ke pangkuan suaminya.

Cerita 3: Syawal[sunting | sunting sumber]

Kisah ketiga pula adalah mengenai JJ (Que Haidar) yang memuji-muji muzik black metal dan telah hilang pegangan agamanya. JJ yang badannya dipenuhi tatu dan mempersoalkan kesucian Al-Quran terlibat dalam sebuah kemalangan dan cedera parah. Ajal menemui JJ dan proses pengebumiannya diganggu dengan kejadian misteri seperti kerosakan van jenazah, liang lahad dipenuhi air, dan hujan lebat yang merumitkan. Beberapa hari selepas dia dikebumikan, tanah kuburnya pula mendap.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Maut atau judul asal penerbitan Malaikat Maut telah dipotong sebanyak lebih 11 adegan oleh LPF[5] dan telah menyebabkan beberapa masalah dalam penataan bunyi semasa suntingan. Filem ini pada mulanya mengambil subjek malaikat maut tetapi judul Malaikat Maut telah ditolak oleh LPF lalu ditukarkan kepada Maut.[6]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini ialah "Pintu-Pintu Nyata" yang dicipta oleh Zul Mahat dan liriknya ditulis oleh Loloq, dinyanyikan oleh Kamal dan Farhan, lagu ini digunakan semasa kredit akhir filem ini.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-22
  • Filem Terbaik (dicalonkan)
  • Pengarah Terbaik – Bade Hj. Azmi (dicalonkan)
  • Pelakon Lelaki Terbaik – Que Haidar (dicalonkan)
  • Lakonlayar Terbaik – Bade Hj. Azmi (dicalonkan)
  • Cerita Asal Terbaik – Bade Hj. Azmi (dicalonkan)
  • Penyunting Terbaik – Bade Hj. Azmi (dicalonkan)
  • Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff (dicalonkan)
  • Penataan Bunyi Terbaik – Azman Abu Hassan (dicalonkan)

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biarpun filem Maut ditayangkan pada 2009, tahun hakciptanya sebenarnya ialah pada 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Utusan Malaysia: Maut Bawa Mesej Ketuhanan[pautan mati kekal]
  2. ^ Berita Harian: Maut Bukan Filem Seram[pautan mati kekal]
  3. ^ "Surah As-Sajdah". Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-02. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  4. ^ a b Maut[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia
  5. ^ Kosmo: Penangan Maut Bade[pautan mati kekal]
  6. ^ Berita Harian: Suntingan LPF Tak Cacatkan Filem Malaikat Maut[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]