Mawaddah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mawaddah
Kulit album kumpulan Mawaddah kecil
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 2000-an
Label Mawaddah Production
Kegiatan berkait Berkumpulan


Kumpulan Mawaddah merupakan nama umum bagi kumpulan nasyid (seperti satu francis). Pada asasnya ia terdiri daripada 3 kumpulan nasyid iaitu kumpulan kanak-kanak, kumpulan wanita dan lelaki yang digelar Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri. Selain itu setiap negara mempunyai kumpulan-kumpulan Mawaddah tersendiri, contohnya Mawaddah Malaysia, Mawaddah Thailand, Mawaddah Indonesia, Mawaddah Australia dan beberapa negara lagi. Lagu-lagu mereka kebanyakannya lagu-lagu sufi.

Mawaddah Puteri Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Mawaddah Malaysia merupakan kumpulan nashid wanita yang berjaya dengan melahirkan hampir 20 buah album hanya dalam masa 3 tahun. Album mereka turut dipasarkan ke Brunei,Indonesia, Thailand, Australia, Jordan, Syria serta Perancis. Ternyata album mereka nyata mendapat sambutan apabila berjaya menjual hampir 10,000 unit bagi setiap satu album.

Kekuatan Mawaddah terletak pada kebolehan mereka bermain alat perkusi serta memiliki sebuah Akademi Seni Mawaddah sendiri. Berdiri di bawah Mawaddah Production, Mawaddah nyata mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam.

Mereka juga pernah mengadakan persembahan di hadapan Yang Dipertuan Agung pada 2005 serta di hadapan Perdana Menteri Australia ketika itu,John Howard.

Namun setelah timbul beberapa kontroversi, Mawaddah seolah-olah hilang. Laman web mereka pula ditutup malah salah seorang penyanyi utama mereka,Khaulah,melahirkan album solo sendiri iaitu Di Bawah Langit-Mu pada tahun 2007.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Mawaddah dianggotai oleh remaja-remaja yang kesemuanya adalah remaja puteri. Vokalis: Siti Fatimah Az-Zahra Hj. Ashaari (1987), Khaulah Hj. Ashaari (1986), Ummu Sofwah Hj. Ashaari (1991), Nurul Nadia Ahmad (1983), Helma Zainab Doldiri (1984), Suhaibatul Islamiah Abd. Halim(1984), Salsabila Abd. Halim, (1986), Hanaani Mohd. Johan (1989).

Pemain Alat Perkusi: Nor Atiqah Adnan dan Siti Fatimah Martin, pemain drum. Nurul Nadwa Solehuddin dan Nor Syuhada' Baharum, pemain congga. Nor Atikah Ahmad dan Nurul Anisah Lutfi, pemain dharbuka (kompang arab). Siti Aminah Zainuddin, pemain djembe. Siti Zulaikha Yunus, pemain bass. Ummu Sulaim Abd. Halim, pemain shaker dan set. Rabiatul Adawiyah Azman, pemain keyboard.

[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Sayangi Tuhan
  • Takutilah Tuhan
  • Kenalilah Tuhan
  • Hidup Bertuhan
  • Perjuangkan Tuhan
  • Sembahyang Membina Peribadi Agung
  • Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Sesama
  • Hikmah Haji
  • Anti Dadah - Kembali kepada Tuhan
  • Peribadi Contoh
  • Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan
  • Raya Hanya di Sana
  • Islam Hadhari
  • Luahan Rasa Hatiku
  • Rintihan Cinta
  • Love God

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Terima Kasih Tuhan
  • Inilah Dia Allah
  • Kalau Tuhan Dikenali
  • Bila Tuhan Tak Ditakuti
  • Rasai kehebatan Tuhan
  • Baiknya Tuhan
  • Bantulah Aku Melawan Nafsu
  • Lau Kunna Na'rifullah
  • Siti Aisyah
  • Remaja
  • Syu'urul Uluhiyyah
  • Syukura
  • Rintihan Cinta
  • Untukmu Rasulullah
  • Ku Pinta Redha-Mu
  • Ingatlah Kematian
  • Peranan Nafsu
  • Doa Buat Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]