Maxim Bakiyev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maksim Kurmanbekovich Bakiyev (Rusia: Максим Курманбекович Бакиев; lahir 27 Oktober 1977, Samara, RSPSR) adalah anak kepada bekas Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev.

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Farnborough United Kingdom pada 17 Jun 2010 kerana dikatakan merancang rusuhan berdarah antara etnik Kyrgyz dengan etnik Uzbek di bandar Osh dan Jalal-Abad. Beliau terbang ke Britain dengan jet peribadi. Interpol mendapat maklumat dan bertindak menangkapnya kerana kesalahan pengubahan wang haram. Beliau dituduh menyalurkan bantuan kewangan supaya etnik merusuh agar kuasa keluarganya kembali di negara itu. Bapanya melarikan diri ke negara jiran Belarus.

Maksim Bakiyev sedang cuba meminta status pelarian di UK, manakala kerajaan Kyrgyzstan kini sedang meminta beliau diekstradisi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]