Maya Karin
| Maya Karin | |
|---|---|
| Lahir | Maya Karin Roelcke 29 Oktober 1979 (33 tahun) Bayreuth, Jerman |
| Pekerjaan | Vokal, Pelakon, Pengacara, Model |
| Tahun aktif | 1970-an-1990-an-sekarang |
| Pasangan | Steven David Shorthose (bercerai pada Jun) |
Maya Karin (nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Jerman, merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia.
Dilahirkan kepada Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan dari Pulau Pinang, Maya berdarah campuran Jerman-Melayu. Beliau merupakan anak sulung di antara tiga beradik dan memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran. Maya juga telahpun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Britian iaitu Steven David Shorthose atau Muhammad Ali (Disahkan bercerai pada bulan Jun).
Isi kandungan |
Kerjaya [sunting]
Siri televisyen yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V (saluran 714, Astro), "Beauty Secret From The East" (TV3) dan rancangan mengenai wanita Nona (TV3).
Beliau terbabit dalam rakaman siri TV, Beauty Secret From The East dan Channel V untuk segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Beliau juga terbabit dalam rangka promosi filem Duyung arahan Prof. Abd. Razak Mohaideen. Rancangan pada masa hadapannya masih lagi tidak diumum. Maya pernah mambawakan watak sebagai tomboy dalam filem Anak Halal yang dipuji ramai pihak sebagai antara filem terbaik dilakonkan Maya di Malaysia, yang berkisar tentang kehidupan remaja metropolitan. Maya memegang watak sebagai Joe atau Ana.
Lakonan beliau paling berjaya setakat ini adalah menerusi filem Ombak Rindu. Filem ini bukan sahaja mencapai kutipan box office sebanyak 10.90 juta, malah berjaya menutup kritikan hebat terhadap lakonan Maya Karin yang dikatakan kaku selama ini. [1]. Hasilnya, beliau memenangi Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2011.
Pembabitan dalam bidang permodelan [sunting]
Maya turut menjadi buruan produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka. Antaranya ialah Pantene, Wella, Halle, dan Yishion (bersama Hans Isaac). Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu Tag Heuer.
Kejayaan [sunting]
Anugerah pertama yang digenggam Maya ialah trofi Artis Baru Popular pada "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001" (ABPBH 2001) di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya dia memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2005, 2008 dan 2011.
Hasil karya [sunting]
Filem [sunting]
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2001 | Seri Dewi Malam
Grand Brilliance |
Seri
Watak Utama
|
(Pencalonan) Pelakon Harapan Wanita |
| No Problem
Metrowealth Movies Production |
Rosnah Kidam
Watak Utama
|
||
| 2003 | Mr. Cinderella 2
Kuasatek Pictures & Skop Production |
Anis Johan
Watak Utama
|
|
| 2004 | Pontianak Harum Sundal Malam
Pesona Pictures |
Meriam / Maria / Pontianak
Watak Utama
|
|
| Tujuh Perhentian
Metrowealth Movies Production |
Dr. Maya
Watak Pembantu |
||
| 2005 |
Pontianak Harum Sundal Malam 2
Pesona Pictures |
Meriam / Maria / Pontianak
Watak Utama
|
|
| 2007 | Waris Jari Hantu
Pesona Pictures |
Tina
Watak Utama
|
|
| 1957: Hati Malaya
Pesona Pictures |
Salmi / Normala
Watak Utama
|
||
| Anak Halal
Tayangan Unggul |
Johanna
Watak Utama
|
|
|
| 2008 | Duyung
KRU Studio |
Puteri Duyung
Watak Utama
|
|
| Punggok Rindukan Bulan
Da Huang Pictures |
Umi Rozah
Watak Utama
|
||
| 2009 | Pisau Cukur
Grand Brilliance & Redfilm |
Bella
Watak Utama
|
|
| 2010 | Magika
KRU Studio |
Puteri Bunian
Watak Pembantu |
|
| Cun!
Tayangan Unggul |
Luna
Watak Utama
|
||
| 2011 | Ombak Rindu
Astro Shaw Tayangan Unggul |
Izzah
Watak Utama
|
|
| Pra-produksi | Taming Sari
Astro Shaw Tayangan Unggul |
Izzah
Watak Utama
|
|
Lagu [sunting]
- Erti Cinta
Anugerah [sunting]
- Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH'01)
- Pelakon Wanita Terbaik dalam "Pesta Filem Asia Pasifik ke-49", 2004 di Fukuoka, Jepun
- Pelakon Wanita Terbaik dalam "Estepona Fantasy and Terror Film Festival 2005" di Spain
- Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2005
- Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.
- Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2008
- Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011
Siri TV [sunting]
- Wavelength (TV3) Pengacara
- Ratu Sehari (Astro Ria)
- Channel [V]
- Beauty Secret From The East
Model [sunting]
- Pantene
- Wella
- Halle
- Yishion
- L'Oreal
- Duta Celcom
- Duta Tag Heuer
- InnerShine
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Maya Karin |
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Vanidah Imran menerusi The Red Kebaya |
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik 2008 menerusi Anak Halal |
Diikuti oleh: Liyana Jasmay menerusi Papadom |
| Didahului oleh Ria Irawan menerusi Biola Tak Berdawai |
Festival Filem Asia Pasifik- Aktres Terbaik 2004 menerusi Pontianak Harum Sundal Malam |
Diikuti oleh: Tiara Jacquelina menerusi Puteri Gunung Ledang |
| Didahului oleh Intan Sarafina |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Artis Baru Wanita Popular 2001 |
Diikuti oleh: Elyana |
| Didahului oleh Erra Fazira |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular 2005 |
Diikuti oleh: Fasha Sandha |
| Didahului oleh Fasha Sandha |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular 2008 |
Diikuti oleh: Liyana Jasmay |
Rujukan [sunting]
|
||||||||