McKey Sullivan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
McKey Sullivan
Nama kelahiran Brittany Sullivan
Tarikh lahir 9 September 1988
Tempat lahir Lake Forest, Illinois, Amerika Syarikat
Warna rambut Hitam (warna sebenar perang)
Warna mata Biru
Tinggi 6 ft 0 in (1.83 m)
Ukuran 32"-25"-37" (AS)
Saiz baju
Saiz kasut 11 US
Agensi Elite Model Management
Nama gelaran McKey

Brittany "McKey" Sullivan (9 September 1988) adalah seorang model fesyen Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai juara Musim 11 dalam America's Next Top Model.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

McKey adalah anak kepada Michael dan Gayle Sullivan dan mempunyai tiga adik-beradik (Bridgette, Jimmy dan Mikey).[1] Beliau merupakan graduan Lake Forest High School dan juga merupakan siswazah di Ripon College.[2] Beliau turut meminati seni mempertahankan diri dan sentiasa berlatih bersama dengan teman lelakinya. McKey suatu ketika dahulu pernah tampil di Bristol Renaissance Faire, satu perarakan yang telah memberikan beliau sedikit sebanyak ilham dan inspirasi dalam bidang fesyen.[1] Beliau terlibat dalam bidang model ketika mencuba nasib dalam Elite Model Look setelah mendapat kecederaan semasa bersukan. Beliau kemudiannya memenangi kategori peringkat bahagian yang diwakilinya di dalam pertandingan tersebut.[1][3]

America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Mckey pada mulanya pernah menghadiri ujibakat untuk Musim 9 bagi siri ANTM, tetapi diberitahu bahawa beliau bukanlah gadis yang dicari untuk pertandigan ini.[2] Selepas menghadiri ujibakat buat kali kedua, beliau akhirnya terpilih untuk bertanding dengan 13 peserta yang lain untuk merebut gelaran juara bagi Musim 11.

Semasa dalam pertandingan, terdapat dua peserta bernama yang bernama Brittany selain daripada beliau (walaupun ada seorang peserta bernama Brittney tetapi ia masih dianggap sama dari segi sebutannya). Oleh hal yang demikian, beliau dan Brittney Brown telah mengubah nama mereka untuk mengelakkan kekeliruan dalam rancangan itu. Beliau memilih nama 'McKey' sempena nama asal yang hendak diberi oleh ibunya ketika lahir, iaitu McKenzie, dan juga sempena nama penanya ketika berada di sekolah menengah.[3] Beliau juga turut menggunakan nama 'McKey' walaupun sesudah rancangan tersebut.[1] Beliau datang ke pertandingan ini dengan rambut panjang berwarna merah dan selepas itu beliau telah diberi imej baru dengan rambut pendek diwarna hitam, yang menyerlahkan lagi keunikan wajahnya.

Sepanjang pertandingan ini, beliau telah menjadi salah satu peserta yang mendapat panggilan pertama sebanyak dua kali dan telah memenangi dua cabaran. Semasa dalam cabaran 'Go-see' di Amsterdam, beliau telah ditempah oleh kesemua empat pereka fesyen yang ditemuinya. Namun, disebabkan kelewatannya untuk tiba di agensi, beliau secara automatiknya tidak layak untuk memenangi cabaran tersebut, sungguhpun dinyatakan bahawa beliau akan memenangi cabaran tersebut sekiranya tiba pada waktu yang ditetapkan.

McKey adalah peserta yang keempat, dan juara yang kedua yang tidak pernah berada dalam kedudukan dua terbawah. Pencapaian ini pernah dicapai oleh Naib Juara Musim 6 Joanie Dodds, Jaslene Gonzalez, juara Musim 8, dan Musim 10, Anya Kop. Beliau juga adalah merupakan juara yang ketiga yang berasal dari Illinois selepas Adrianne Curry and Jaslene Gonzalez. Bersama dengan Nicole Linkletter, juara musim kelima, McKey adalah merupakan pemenang yang paling muda dalam sejarah pertandingan ANTM. Beliau adalah merupakan pemenang paling tinggi di antara juara-juara sebelumnya, dengan ketinggian 6'0" (183cm).

Sebagai pakej hadiah ANTM yang dimenanginya, Mckey telah menandatangani kontrak kosmetik CoverGirl dan turut menandatangani kontrak bersama agensi model ternama, Elite Model Management. Beliau akan muncul dalam kempen bagi Wal-mart sebagai salah satu kempen nasional bagi produk oleh CoverGirl. Beliau juga turut memiliki sebuah papan billboard di Times Square.

Now I'm America's Next Top Model, and from here this is the beginning, I'm gonna get to keep going. I'm gonna get to keep rising and keep channeling my energy into stuff. It's just a dream come true. Oh my God, I just won America's Next Top Model and I can't believe it!

Pasca rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

McKey sekarang menghadiri kelas di Ripon College sebagai seorang siswazah di sana. Beliau telah mengambil kursus undang-undang dan kimia biologi dan berharap untuk ke sekolah perundangan atau perubatan pada satu hari nanti.[1][2] Beliau merancang untuk berpindah ke New York untuk meneruskan kariernya sebagai seorang model.[3][4]

McKey muncul di dalam isu Disember 2008 bagi In Touch Weekly[5][6] dan muncul sebagai penghias muka depan majalah Seventeen berserta liputan editorial sebanyak 6 muka surat dalam isu Januari 2009 majalah tersebut, yang merupakan pakej hadiah yang dimenanginya dalam ANTM.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "McKey Sullivan: From Tomboy to 'Top Model'", Gazebo News, 12 November 2008.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Davenport, Misha, "Chicago's Success Model", Chicago Sun-Times, 21 November 2008.
  3. 3.0 3.1 3.2 DiNunno, Gina, "Top Model Winner Dishes on Her 'Weirdo' Ways", TV Guide, 20 November 2008.
  4. Scarpa, Gina "Exclusive Interview: McKey Sullivan, Winner of 'America's Next Top Model' Cycle 11", Buddy TV, 21 November 2008.
  5. "This Season's Hottest Holiday Dresses." (6 Disember 2008). In Touch Weekly, p. 65.
  6. In Touch Weekly spread at all-antm.net

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Whitney Thompson
Pemenang America's Next Top Model
Musim 11 (2008)
Diikuti oleh:
Teyona Anderson