McKinsey & Company

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
McKinsey & Company
Nama asliMcKinsey & Company Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerkongsian berhad
IndustriPerundingan pengurusan
Ditubuhkan1926
PengasasJames O. McKinsey
Marvin Bower Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatNew York, New York
KeluaranKhidmat perunding pengurusan
HasilAS$6.00 bilion (ang. 2008)[1]
Bilangan kakitangan17,000 (9,000 perunding)[2]
Tapak webwww.mckinsey.com
Facebook: mckinsey Twitter: mckinsey LinkedIn: mckinsey-&-company Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

McKinsey & Company ialah sebuah firma perundingan pengurusan sedunia yang tertumpu kepada penyelesaian isu yang berkaitan dengan pengurusan atasan. McKinsey berkhidmat sebagai penasihat kepada perniagaan, kerajaan dan institusi terunggul di dunia, serta diiktiraf sebagai firma yang terunggul dan paling berprestij dalam industri perundingan pengurusan.[3] McKinsey menduduki tangga #1 selama enam tahun berturut-turut dalam senarai firma perundingan terbaik Vault.com,[4] dan juga mengambil kerja graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan teramai semenjak tahun 1996.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

McKinsey & Company ditubuhkan di Chicago pada tahun 1926, oleh James O. ("Mac") McKinsey, seorang profesor perakaunan di Sekolah Perniagaan Booth, Universiti Chicago, yang mempelopori pembelanjawanan sebagai alat pengurusan. Marshall Field's menjadi klien McKinsey pada tahun 1935, kemudian memujuk McKinsey untuk meninggalkan firma itu lalu menjadi ketua pegawai eksekutif Field's, tetapi McKinsey tiba-tiba mati akibat pneumonia pada tahun 1937.

Marvin Bower yang menyertai firma ini pada tahun 1933, menggantikan tempat McKinsey untuk menyaksikan kebangkitan firma ini di peringkat dunia serta menetapkan sebilangan besar prinsip-prinsip panduannya. Setelah McKinsey meninggal, cawangan firma ini di Chicago dan New York berpecah. Pada tahun 1939, dengan bantuan rakan kongsi dari New York, Bower memulihkan cawangan New York lalu menamakannya semula McKinsey & Company. Salah seorang rakan kongsi terawal di McKinsey, Andrew T. Kearney, mengawal cawangan Chicago lalu menamakannya semula sempena dirinya, maka lahirnya firma perundingan pengurusan pesaing yang bernama A.T. Kearney.

Sistem pengurusan pengetahuan[sunting | sunting sumber]

McKinsey banyak melabur dalam sistem pengurusan pengetahuan untuk menyokong perunding luar. Sistem ini merangkumi penyelidik juruam, pakar industri dan khusus (fungsi), dan pustakawan, serta capaian kepada jurnal dan pangkalan data. McKinsey mengendali sebuah pertubuhan yang bernama McKinsey Knowledge Centre (McKC) untuk menyediakan capaian segera kepada kepakaran khusus dan maklumat perniagaan.[6] Selain itu, dokumen "perkembangan praktis" dalaman yang dikarang oleh perunding merakam pemahaman diri yang boleh digeneralisasikan daripada urusan klien. Terdapat juga kaedah-kaedah untuk mencapai perunding individu yang mempunyai kepakaran daripada kajian klien terdahulu atau pekerjaan dahulu, untuk bantuan latar belakang (maklumat kompetitif tidak dikongsikan).

Sistem ini dicipta oleh bekas rakan kongsi, Anil Kumar.[7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "McKinsey & Company on Forbes' America's Largest Private Companies list". Dicapai pada 2009-11-16.
  2. ^ "McKinsey & Company Swiss Office - Key Facts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 2010-07-02.
  3. ^ Huey, John. "How McKinsey Does It," Fortune, 1 November 1993
  4. ^ Vault.com, "Management Strategy Consulting Firms Rankings: Top 50 Consulting Firms, 2009"
  5. ^ Fisher, Anne. "For new MBAs, a California lifestyle beats big bucks" Fortune, 3 Mei 2007
  6. ^ "Home | Knowledge Network". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-04. Dicapai pada 2010-12-04.
  7. ^ Sharma, Amol; Lublin, Joann S. (21 Oktober 2009). "A Star Partner's Galleon Arrest Shakes Up Ranks at McKinsey". The Wall Street Journal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]