McLaren
| Nama penuh | Vodafone McLaren Mercedes |
|---|---|
| Pangkalan | Woking, Surrey, United Kingdom |
| Pengarah pasukan | |
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Penampilan pertama | Grand Prix Monaco 1966 |
| Kejuaraan Pengeluar | 8 (1974, 1984, 1985, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998) |
| Kejuaraan Pemandu | 12 (1974, 1976, 1984, 1985, 1986, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998, 1999, 2008) |
McLaren, ditubuhkan pada 1963 oleh Bruce McLaren (1937–1970) dari New Zealand, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpengkalan di Woking, Surrey, UK. McLaren lebih dikenali sebagai pasukan pengeluar Formula Satu tetapi turut bersaing di dalam kejuaraan Indianapolis 500-Mile Race dan Canadian-American Challenge Cup. McLaren adalah salah satu pasukan paling berjaya dalam Formula Satu, telah memenangi 164 perlumbaan, 12 Kejuaraan Pemandu dan 8 Kejuaraan Pengeluar.
Pasukan sekarang ditubuhkan hasil gabungan Bruce McLaren Motor Racing dengan Project Four Racing Ron Dennis pada tahun 1981. Pasukan ini diurus oleh Ron Dennis dan merupakan sebahagian daripada syarikat McLaren Racing, ahli Kumpulan McLaren. Enjin dibekalkan oleh pemegang saham McLaren Mercedes-Benz melalui Enjin Berprestasi Tinggi Mercedes-Benz.
Isi kandungan |
[sunting] Penajaan
Pasukan ini telah mempunyai empat jenama untuk penajaan kejuaraan dalam sejarahnya: Yardley (1971-1973), Marlboro (1974-1996), West (1997-2005) dan Vodafone (2007-kini).
Reemtsma (melalui jenama West) merupakan penajaan kejuaraan McLaren dari 1997 hingga 29 Julai 2005, after which McLaren were obliged to seek a new principal sponsor due to a European Union directive banning iklan tembakau. Pasukan tersebut oleh itu dikenali sebagai Team McLaren Mercedes sehingga akhir 2006.
Penajaan kejuaraan semasa adalah Vodafone, dengan nama rasmi pasukan untuk musim 2007, 2008 dan 2009 ialah Vodafone McLaren Mercedes, seperti diumumkan pada Disember 2005.[1]
Selain daripada penajaan kejuaraan, penaja semasa yang lain termasuk Diageo (jenama wiski Johnnie Walker), aigo, FedEx, Hugo Boss, H&R, Hilton Hotels, Mobil 1 (fuel and lubricants), Santander, SAP, Lenovo dan Reebok.[2][3]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ "McLaren seal deal with Vodafone", BBC News, BBC, 2005-12-14. Dicapai pada 2007-04-12.
- ↑ "Whisky brand to sponsor McLaren", BBC News, BBC, 2005-02-22. Dicapai pada 2007-04-12.
- ↑ "Vodafone McLaren Mercedes Corporate Partners". www.mclaren.com. http://www.mclaren.com/partners/johnniewalker.php. Capaian 2007-04-12.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: McLaren |