Salleh Said Keruak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Md. Salleh Tun Md. Saik Keruak)

Salleh Said Keruak

SPDK, PGDK (Sab); PhD
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Usukan
Memegang jawatan
8 Oktober 2020
Didahului olehJaplin Akim
Bendahari UMNO
Dalam jawatan
29 Julai 2016 – 13 Julai 2018
Didahului olehAhmad Husni Hanadzlah
Digantikan olehTengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului olehAhmad Shabery Cheek
Digantikan olehGobind Singh Deo
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
31 Disember 2010 – 28 Julai 2015
Dilantik olehJuhar Mahiruddin (Yang di-Pertua Negeri Sabah)
Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)
Didahului olehJuhar Mahiruddin
Digantikan olehSyed Abas Syed Ali
Ketua Menteri Sabah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 1994 – 26 Mei 1996
Dicalonkan olehMahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia)
Dilantik olehMohamed Said Bin Keruak (Yang di-Pertua Negeri Sabah)
Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia)
Didahului olehSakaran Dandai
Digantikan olehYong Teck Lee
Butiran peribadi
LahirMohamed Salleh bin Mohamed Said
(1958-07-09) 9 Julai 1958 (umur 65)[N 1]
Kota Belud, Sabah, British Borneo Utara (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO[N 2][N 3]
PasanganDatin Seri Panglima Datuk Raya Erom
Anak-anakMohd. Syarulnizam
Syazeera
Mohd. Hafeez
Syeera
IbuAllahyarhamah Toh Puan Bandung Hasbollah
BapaAllahyarham Tun Mohamed Said Bin Keruak
HubunganDatuk Saddi Abdul Rahman (besan)
KediamanLikas, Kota Kinabalu, Sabah
Alma materSimon Fraser University
Universiti Putra Malaysia
ProfesionAhli politik
Laman web rasmiPersonal website
  1. ^ "Mensyukuri Rahmat Hidup dan Kesihatan Sempena Hari Jadi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-17. Dicapai pada 15 January 2012.
  2. ^ "Sejarah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Mohd Said Keruak" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 15 January 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Beliau merupakan bekas ahli PBS sehingga tahun 1991.

Datuk Seri Panglima Dr Mohamed Salleh bin Tun Haji Mohamed Said (lahir 9 Julai 1958) adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menggantikan Juhar Mahiruddin. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996. Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari 2015 sehingga 2018.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Raya Erom dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anaknya Mohd. Syarulnizam, Mohd. Hafeez, Syazeera dan Syeera.

Bapanya Mohamed Said Bin Keruak pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Menggatal dan SM Maktab Sabah Sembulan, kedua-duanya di Kota Kinabalu untuk peringkat menengah, kemudian menyambung pengajiannya di Vanto Academy, Petaling Jaya, Selangor.

Salleh Said memperoleh:

  1. Ijazah Sarjana Muda B. A. (Sains Politik), Universiti Simon Fraser, Kanada.
  2. Ijazah Sarjana (Master) Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia.
  3. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya dan Politik[sunting | sunting sumber]

Selepas pulang dari luar negeri, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Belud (1984 – 1985). Beliau menjadi Setiausaha Politik dari 1 Januari 1985 hingga 15 Mac 1985.

Mohd Salleh kemudian diberi peluang bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) di DUN Usukan pada tahun 1987, tetapi beliau ditewaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Harun. Bagaimanapun, pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi PBS Bahagian Usukan, tetapi setahun kemudiannya, beliau keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Mohd Salleh berjaya memenangi kerusi DUN Usukan pada Pilihan raya Negeri Sabah 1994. Tahun itu juga Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dari 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996. Selepas itu beliau diganti oleh Presiden SAPP, Yong Teck Lee kerana jawatan itu telah digilir-gilirkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan pergolakan politik Sabah.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1996, beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 1996/1999 setelah mendapat tempat ke-23 dengan jumlah 954 undi.Pada Pilihan raya umum Malaysia 1994 juga, beliau turut memenangi kerusi Parlimen Kota Belud. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 1998/2001 pada pemilihan parti 1998.

Mohd Salleh berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud pada Pilihan raya umum Malaysia 1999. Beliau juga sekali lagi terpilih sebagai ahli MT bagi penggal 2000/2003 setelah mendapat tempat ke-19 dengan jumlah 993 undi pada pemilihan tahun 2000.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003. Mohd. Salleh sekali lagi menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 2001/2003 dalam pemilihan parti / Pada Perhimpunan Agung UMNO 2001

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, Mohd. Salleh mengambil keputusan menarik diri daripada mempertahankan kerusi DUN Usukan dan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud . Bagaimanapun, beliau dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud.

Pada 4 Januari 2010, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman melantik beliau sebagai Penasihat Sains dan Teknologi bertaraf menteri. Beliau menggantikan Tham Nyip Shen, bekas Timbalan Ketua Menteri.[1]

Pada 12 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.[2] Pada 1 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim.[3]

Dalam parti UMNO, beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau juga mempengerusikan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)/ United Sabah Bajau Organisation.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Selepas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Salleh Ganti Tham Sebagai Penasihat Sains Ketua Menteri". The Star. 12 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-06. Dicapai pada 15 January 2012.
  2. ^ "Salleh Said Keruak dilantik Speaker baru DUN Sabah". Berita Harian. 12 January 2011. Dicapai pada 15 January 2012.[pautan mati kekal]
  3. ^ Abdul Rahman, Rafiuddin (12 January 2011). "Datuk Seri Panglima Haji Salleh Tun Hj. Mohd. Said Keruak dilantik Pengerusi FINAS" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 15 January 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Profil Datuk Mohd Salleh Said Keruak