Md Isa Sabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Dato' Seri
 Dr. Md Isa Sabu
Md Isa Sabu

Menteri Besar Perlis ke-6
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Mac 2008
Didahului oleh Dato' Seri Shahidan Kassim
Digantikan oleh penyandang

Ahli Dewan Undangan Perlis
bagi kawasan N6 Bintong
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008

Tempat lahir Kangar, Perlis
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pekerjaan Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri
Agama Islam

Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu (lahir 1947 di Kampung Kechor, Kangar, Perlis) merupakan Menteri Besar Perlis sejak Mac 2008 setelah diperkenan oleh Raja Perlis. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong, Perlis. Dan baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh DYMM Raja Perlis.

Isi kandungan

[sunting] Keluarga

Isteri beliau Datin Seri Asiah Asmuni dan mereka mempunyai 7 orang anak. Ibu beliau Mahasa Jusoh, 89, tinggal di Kampung Kechor. Beliau sekeluarga tinggal di Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis.

[sunting] Kerjaya

Dato' Seri Dr. Md Isa merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Total Quality Management dari Universiti New Port, USA.

[sunting] Politik

Dato' Seri Dr. Md Isa pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1984. Mat Isa memainkan peranan besar dan pernah berjuang bersama bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Beliau merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986 lagi. Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar sepenggal sahaja. Pada 1990 kembali bertanding kerusi DUN Bintong dan dilantik sebagai Exco Pertanian sehingga 1995.

Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk sepenggal sahaja.

Pada 1999, Dato' Seri Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi. Beliau dilantik lagi sebagai Exco Pelancongan dan Alam Sekitar.[1]

Tetapi pada 2004 beliau tidak dicalonkan bertanding.

[sunting] Perlantikan Menteri Besar

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria menyerahkan kenyataan media kepada wartawan di Istana Siraj pada hari Jumaat, 14 Mac 2008 menyatakan Dr Md Isa Sabu dilantik Menteri Besar Perlis menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Dia kemudiannya mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008[2].

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Md. Isa ialah bekas setiausaha sulit Radzi
  2. Md. Isa angkat sumpah MB Perlis
Didahului oleh
Dato' Seri Shahidan Kassim
Menteri Besar Perlis
2008 -
Diikuti oleh:
Penyandang
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain