Medal Peringatan Anschluss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian hadapan medal
Bahagian belakang medal

Medal Peringatan Anschluss (Bahasa Jerman: Die Medaille zur Erinnerung an den 13. März 1938 atau The Anschluss Commemorative Medal) merupakan satu pingat kebesaran Jerman Nazi yang dikurniakan semasa zaman antara perang (Anschluss bermaksud "penyatuan" dalam bahasa Melayu).

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Dizahirkan pada 1 Mei 1938, medal ini memperingati kepulangan Austria kepada Reich Jerman. Langkah ini adalah yang pertama dalam usaha Adolf Hitler mencari Lebensraum dan ia menguatkan bahagian tepi Jerman sambil melemahkan orang-orang Czechoslovakia. Askar Jerman melintasi sempadan pada 12 Mac 1938, dengan tanpa tentangan. Peringkat ini telah ditetapkan oleh satu insiden provokasi oleh ahli-ahli NSDAP di Austria dan tekanan diplomatik serta kata dua yang diberikan oleh kerajaan Jerman. Tindakan pertama ini, mungkin membangkitkan syak wasangka, tidak menyebabkan kebimbangan besar pada dunia, kerana ia seolah-seolah dilakukan atas pilihan rakyat Austria yang bertutur bahasa Jerman.

Medal tersebut, dikenali sebagai "medal Anschluss", telah dikurniakan kepada semua rakyat Austria yang menyumbang atau terlibat dalam pendudukan serta ahli-ahli NSDAP Austria. Ia juga telah dikurniakan kepada para pegawai Kerajaan Jerman dan anggota-anggota Wehrmacht dan SS yang berarak kedalam Austria. Kali terakhir ia dikurniakan ialah pada 13 Disember 1940 dan sejumlah 318,689 medal telah dianugerahkan.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Medal berbentuk bulat yang dicelup dengan pewarna dan sangat terperinci ini sebenarnya berdasarkan Pingat Hari Parti 1938 dan direka oleh Profesor Richard Klein. Dibahagian hadapan medal ini, iaitu simbol kemasukkan Austria kedalam negara Jerman, terdapat seorang lelaki berdiri diatas podium yang tertera Helang Jerman sambil memegang bendera Nazi, dia memegang tangan dan menolong lelaki lain naik ke podium yang memegang rantai putus ditangan kanannya. Dibahagian belakang pula terdapat tulisan "13. Marz 1938" (13 Mac 1938), iaitu tarikh berlakunya Anschluss. Tarikh tersebut dikelilingi dengan perkataan "Ein Volk, Ein Reich, Ein Führer" (Satu Rakyat, Satu Empayar, Satu Pemimpin). Bahagian tepi medal agak licin dan ia digantung dari riben merah dengan jalur putih-hitam-putih pada hujung riben dan ia dibuat dari tembaga atau gangsa tombak dengan kemasan pusam perak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]