Megami Tensei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Megami Tensei.

Megami Tensei (bahasa Jepun:女神転生, seringkali disingkatkan sebagai MegaTen) merupakan sebuah siri permainan video berperanan Jepun yang dimulakan dengan judul-judul novel Digital Devil Story karya Aya Nishitani, dan juga merupakan salah satu francais terbesar dalam genrenya di negara Jepun. Judul-judul permainan videonya diterbitkan oleh Atlus, mengecualikan permainan video Famicom, yang diterbitkan oleh Namco.

Gambaran keseluruhan siri[sunting | sunting sumber]

Siri Megami Tensei dianggap unik dikalangan RPG Jepun kerana secara umum, ia berbeza daripada latar-latar "pedang dan sihir" yang digunakan dalam genre tersebut. Judul-judul Megaten seringkali berlatarkan Jepun yang moden atau di masa hadapan, dan mencampur-adukkan elemen-elemen cyberpunk serta perkara ghaib.

Musuh-musuh yang muncul adalah digelar Akuma (悪魔(syaitan, iblis)), jika dibandingkan dengan "raksasa" yang digunakan dalam kebanyakan RPG yang lain. Para pemain boleh merekrut golongan Akuma sebagai rakan seperjuangan, maka ia menjadi Nakama (仲魔(syaitan mesra, homofon untuk 仲間, iaitu rakan seperjuangan)). Para pemain boleh juga menggabungkan beberapa Nakama untuk mencipta Nakama yang lain, dan juga senjata-senjata baru dengan menggabungkan Nakama dengan senjata-senjata.

Para pemain seringkali disoal untuk membuat pilihan-pilihan bermoral atau berfalsafah yang akan mengubah plot serta penghujung permainan video tersebut.

Judul-judul Megaten selalunya menerapkan rujukan-rujukan mitologi: dewa dan makhluk daripada mitologi Norse, Celtic, Judeo-Kristian, Mesir, Cina, Hindu dan Jepun seringkali diperkenalkan, untuk digunakan dalam pertarungan atau direkrut oleh para pemain.

Anime[sunting | sunting sumber]

Telah terdapat dua buah OVA anime dan dua buah siri anime yang diterbitkan berdasarkan Megami Tensei.

  • Digital Devil Saga: Megami Tensei
  • Shin Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku / Tokyo revelation
  • Shin Megami Tensei: Devil Children
  • PERSONA -trinity soul-

Barangan koleksi[sunting | sunting sumber]

Barangan koleksi lain seperti anak patung, manga, RPG dan permainan trading card game berdasarkan judul-judul permainan video dalam sirinya juga telah dikeluarkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]