Megat Iskandar Shah dari Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Megat Iskandar Shah)

Megat Iskandar Syah ialah anak Parameswara dan Sultan Melaka kedua. Baginda memerintah dari 1414 hingga 1424.

Megat Iskandar Syah merupakan seorang tokoh raja Melaka silam yang direkodkan selepas Parameswara. Terdapat dua pendapat utama mengenai nama tokoh ini, iaitu:

  1. Raja Iskandar Syah merupakan nama Islam Parameswara apabila beliau memeluk agama Islam apabila beliau berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414.
  2. Sultan Megat Iskandar Syah merupakan tokoh yang berlainan. Sultan Megat Iskandar Syah dianggap ananda kepada Parameswara atau Raja Iskandar Syah. Terdapat kajian telah merumuskan bahawa kedua-dua nama itu ialah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Raja Iskandar Syah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. [1]

Walau apapun perkara yang sebenarnya, selepas pengislaman raja Melaka, pedagang-pedagang Islam Arab dan Gujerat semakin cenderung untuk mengalihkan semula perdagangan mereka ke Melaka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, m.s. 29. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (2002). ISBN 983-52-0271-0
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Parameswara
Sultan Melaka
1414-1424
Diikuti oleh:
Muhammad Shah