Megat Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Megat Khas Megat Omar)
Dato' Seri Dr. Haji

Megat Khas

Kelahiran(1908-04-08)8 April 1908
Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal dunia21 Jun 1979(1979-06-21) (umur 71)
Gurap, Ipoh, Perak
Terkenal keranaKeturunan Megat Terawis
Anak-anakMegat Najmuddin

Dato' Seri Dr Haji Megat Khas bin Megat Omar (lahir 8 April 1908) merupakan seorang bangsawan dan ahli politik di Malaysia. Beliau lahir di Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak dan merupakan dari keturunan Megat Terawis, iaitu Bendahara pertama negeri Perak. Beliau merupakan salah seorang pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Perak bersama Megat Yunus dan Panglima Bukit Gantang pada tahun 1946.

Bapanya ialah Megat Omar bin Megat Muhammad Ali dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya ialah Che Bee Kassim. Beliau mempunyai 12 orang anak, dan salah seorangnya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, merupakan ahli politik UMNO yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kawasan Kelana Jaya di Dewan Negeri Selangor dari tahun 1986 hingga 1995 di bawah pentadbiran Muhammad Muhammad Taib.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dalam bidang perubatan dan kemudian menjadi orang Melayu pertama menjadi ahli Kolej Diraja Physicians [en] (MRCP). Beliau juga aktif dalam St John Ambulans [en]. Sepanjang hayatnya, beliau dianugerahkan beberapa pingat dan anugerah. Beliau bersara sebagai Pakar Perubatan Negeri Perak.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1979 sewaktu berusia 71 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Kuala Kangsar, Gurap, Ipoh, Perak.