Mehdi Mostefa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mehdi Mostefa
Maklumat peribadi
Nama penuh Mehdi Mostefa Sbaa
Tarikh lahir (1983-08-30) 30 Ogos 1983 (umur 40)
Tempat lahir Dijon, Perancis
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lorient
Nombor 32
Kerjaya remaja
1994–1997 Fontaine-les-Dijon FC
1997–1998 Dijon
1998–2003 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Valence 37 (1)
2005–2006 Montluçon - (-)
2006–2007 Sète 31 (4)
2007–2011 Nîmes 140 (7)
2011–2014 Ajaccio 101 (7)
2014– Lorient 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2010– Algeria 24 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:46, 7 November 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2014

Mehdi Mostefa Sbaa (Arab: مهدي مصطفى سبع; lahir 30 Ogos 1983) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk kelab FC Lorient di Ligue 1 dan Algeria. Beliau bermain di posisi pemain tengah.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Mostefa dilahirkan di Dijon, Perancis. Bapa beliau orang Algeria manakala ibu beliau orang Perancis.[2] Bapa beliau berasal dari Mazouna di Wilayah Relizane, Algeria.[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2011, Mostefa menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab Ligue 1, AC Ajaccio.[4]

Pada 7 Ogos 2014, Mostefa berpindah ke FC Lorient dengan kontrak selama tiga tahun.[5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2010, Mostefa telah dipanggil untuk memasuki pasukan kebangsaan Algeria di bawah pengurus Abdelhak Benchikha untuk perlawanan persahabatan menentang Luxembourg.[6] Beliau membuat debut bersama Algeria pada perlawanan itu sebagai pemain gantian pada minit ke-69.[7] Pada 6 Mac 2011, Mostefa bermain perlawanan rasmi pertama untuk Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Maghribi.[8] Beliau bermain penuh dalam perlawanan itu di mana Algeria menang tipis 1-0.

Beliau juga bermain dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau mula bermain dalam kejohanan itu pada perlawanan pembukaan menentang Belgium di mana Algeria tewas 2-1. Beliau bermain penuh pada perlawanan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Football: la fiche de Mehdi Mostefa
  2. ^ "Le Buteur chez les Mostefa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-07. Dicapai pada 2014-11-24.
  3. ^ "Mehdi Mostefa : «J'ai fêté ma convocation en famille»". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-02. Dicapai pada 2014-11-24.
  4. ^ "Mostefa officiellement à l'AC Ajaccio". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-16. Dicapai pada 2014-11-24.
  5. ^ "Mehdi Mostefa signe 3 ans au FC Lorient". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-08. Dicapai pada 2014-11-24.
  6. ^ Liste des joueurs retenus pour Luxembourg- Algérie
  7. ^ Luxembourg 0-0 Algérie
  8. ^ Algérie 1-0 Maroc

Templat:Skuad FC Lorient