5 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mei 5)
| << | Mei 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXIII | ||||||
5 Mei merupakan hari ke-125 (hari ke-126 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 240 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Cinco de Mayo di Mexico.
- Hari Kanak-Kanak di Jepun dan Korea Selatan
- Hari Pembebasan di Belanda, Denmark dan Habsyah
Peristiwa [sunting]
- 1260 - Kublai Khan menuntut gelaran Khagan Empayar Mongol selepas kematian abangnya Möngke tahun sebelumnya.
- 1862 - Askar-askar Mexico yang diketuai oleh Ignacio Zaragoza menghentikan serangan Perancis dalam Pertempuran Puebla.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Kempen Melalui Darat Ulysses S. Grant bermula dengan Pertempuran Belantara (Battle of the Wilderness).
- 1904 - Cy Young (gambar) daripada Boston Red Sox membaling permainan sempurna yang pertama dalam era moden besbol profesional.
- 1949 - Sepuluh negara Eropah menandatangani Perjanjian London, membentuk Majlis Eropah.
- 1950 - Putera Bhumibol Adulyadej dimahkotakan di Bangkok sebagai Raja Rama IX Thailand. Baginda kini merupakan ketua negara yang paling lama di dunia.
- 1992 - 202 tahun selepas Pindaan Ke-27 Perlembagaan Amerika Syarikat dikemukakan kepada badan-badan perundangan negeri Amerika Syarikat, ia akhirnya diratifikasi oleh negeri Alabama yang memberikan undi ke-38 yang penting.
- 2010 - Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- 2013 - Pilihan raya umum Malaysia 2013 telah diadakan pada 5 Mei 2013
Kelahiran [sunting]
- 1818 - Karl Marx, ahli falsafah Jerman
- 1900 - Syed Abdul Kadir Mohamed, Menteri Besar Johor ke-8
- 1933 - Ratnasiri Wickremanayake, Perdana Menteri Sri Lanka ke-16
- 1987 - Clementine Mellor, pelakon Australia
Kematian [sunting]
- 1985 - Donald Bailey, pencipta Jambatan Bailey
- 2010 - Umaru Yar'Adua, seorang Presiden Nigeria
- 2011 - Claude Choules, pejuang Perang Dunia I terakhir
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||