Meja rujukan perpustakaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Meja rujukan perpustakaan ialah kaunter perkhidmatan awam yang mana pustakawan profesional meyediakan pengguna berkaitan kandungan perpustakaan, nasihat berkenaan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan, dan kepakaran pelbagai jenis maklumat daripada berbagai sumber.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pustakawan ialah pakar dalam kandungan dan penyusunan koleksi, dan mereka juga tahu bagaimana informasi disusun di luar perpustakaan. Pengguna perpustakaan digalakkan untuk tidak malu bertanya kepada pustakawan meminta pertolongan. Walaupun kebanyakan pustakawan sibuk dengan tugas mereka di perpustakaan, tugas utama mereka ialah menolong pengguna perpustakaan daripada sesat ketika mereka bertanya di meja pertanyaan.

Tujuan dan Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pengguna perpustakaan boleh memohon nasihat di meja rujukan untuk mereka mencari informasi di perpustakaan. Pustakawan menggunakan temuduga rujukan bagi mengenalpasti kehendak pengguna dan mengdiagnos masalahnya. Kemudian dia akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi membantu pengguna menjumpai buku atau informasi yang dikehendakinya.

Bantuan yang utama adalah bantuan dalam carian bacaan sama ada dalam bentuk buku, jurnal, katalog, keratan akhbar, majalah atau maklumat-maklumat lama yang terkandung di perpustakaan tersebut. Meja rujukan yang dikendalikan oleh kakitangan berkemahiran dan berpengatahuan adalah amat penting kepada perpustaan tersebut.

Perkhidmatan yang disediakan mungkin berbeza berdasarkan jenis, tujuan, sumber dan kakitangan perpustakaan tersebut.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]