Mekanik kontinum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mekanik kontinum [1]ialah satu cabang fizik (khususnya mekanik) yang berkaitan dengan jirim selanjar, termasuk kedua-dua pepejal dan bendalir (iaitu cecair dan gas).

Fakta bahawa jirim yang terdiri daripada atom-atom, dan yang biasanya mempunyai mikrostruktur heterogen, tidak diendahkan ketika membuat penghampiran yang menganggap bahawa kuantiti-kuantiti fizikal, seperti tenaga dan momentum, boleh diolahkan pada had infinitesimal. Oleh itu, persamaan pembezaan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah mekanik kontinuum. Sesetengah persamaan pembezaan adalah khusus untuk bahan-bahan yang diselidik dan digelarkan persamaan juzuk, sedangkan yang lain membabitkan hukum-hukum fizikal seperti pengabadian jisim atau pengabadian momentum. Untuk bendalir, nombor Knudsen digunakan untuk menaksir takat penghampiran keselanjaran yang boleh dibuat.

Hukum-hukum fizikal untuk pepejal dan bendalir tidak bergantung kepada sistem koordinat yang digunakan untuk pemerhatian. Oleh itu, mekanik kontinuum mempergunakan tensor yang merupakan objek-objek matematik yang tidak bergantung kepada sistem koordinat. Tensor-tensor ini boleh diungkapkan pada sistem-sistem koordinat untuk memudahkan pengiraan.


Mekanik kontinuum Mekanik pepejal ialah kajian fizik untuk pepejal selanjar yang mempunyai bentuk rehat yang jelas. Keanjalan memerihalkan bahan-bahan yang kembali kepada bentuk rehatnya selepas tegasan dikenakan.
Keplastikan memerihalkan bahan-bahan yang mengubah bentuk secara tetap selepas tegasan yang cukup besar dikenakan, iaitu bentuk rehatnya diubah. Reologi: Memandangkan bahawa sesetengah bahan adalah likat anjal, sempadan antara mekanik pepejal dengan mekanik bendalir adalah kabur.
Mekanik bendalir (termasuk ilmu statik bendalir dan ilmu dinamik bendalir) mengkaji fizik bendalir. Satu sifat bendalir yang penting ialah kelikatan yang merupakan daya yang dihasilkan oleh sesuatu bendalir sebagai tindak balas terhadap medan halaju. Bendalir bukan Newton
Bendalir Newton


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Subbidang am dalam Fizik

Biofizik | Fizik atom, molekul, dan optik | Fizik jirim termeluwap | Fizik zarah | Keelektromagnetan | Kerelatifan am | Kerelatifan khas | Mekanik klasik | Mekanik kontinum | Mekanik kuantum | Mekanik statistik | Teori medan kuantum | Termodinamik