Mel Gibson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mel Gibson
Mel Gibson 1990.jpg
Di tayangan perdana Air America 1990
Kelahiran Mel Colm-Cille Gerard Gibson
3 Januari 1956 (58 tahun)
Pekerjaan Pelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis skrip
Tahun aktif 1976–kini
Pasangan Robyn Moore (berkahwin 1980-2006, berpisah 2006-kini)

Mel Colm-Cille Gerard Gibson (lahir 3 Januari 1956) adalah seorang pelakon yang terkenal dalam filem-filem Hollywood, Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal sebagai pengarah, penerbit dan penulis skrip filem. Lahir di Peekskill, New York, beliau dibesarkan di Sydney sebagai seorang Katolik Rom tradisional.

Antara filem yang menonjol ialah Mad Max dan filem bersiri Lethal Weapon.

Filem berunsur agama Kristian Passion of the Christ menimbulkan kontroversi kerana memaparkan saat 12 jam terakhir sebelum Jesus Christ disalib. Filem ini disifatkan anti-Semitik kerana mencerca penganut Yahudi yang telah membunuh Jesus. Golongan Yahudi Amerika membawa sepanduk 'The Passion is a lethal weapon against the Jews' dan cuba menyamakan kekejaman Yahudi terhadap Jesus sama dengan kekejaman Israel terhadap Palestin. Filem berlawanan sekali dengan filem Schindler's List arahan pengarah Yahudi Steven Spielberg.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Peekskill, New York dan keluarganya pindah ke Sydney Australia pada usia 12 tahun. Kemudian belajar seni lakonan di Australian National Institute of Dramatic Art.

Kembali pindah ke Australia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 2010, aktor Mel Gibson (54) dan bekas isterinya Robyn Denise Moore akan kembali ke ladang di Adelaide, Australia. Mereka berpisah pada Ogos 2006 selepas skandal membabitkan beliau dan bekas teman wanitanya Oksana Grigorieva. Oksana merupakan pemain piano asal Rusia dan artis . Gibson dan Oksana mendapat anak pada 0 Oktober 2009 dan diberi nama Lucia.

Rumah beliau di Old Mill Farm, New York dijual pada harga AS$24 juta (RM76.8), AS$15 juta (RM48 juta) juta lebih murah daripada yang diminta. Turut dijual ialah rumah di Malibu, Lavender Hill Farm, pada harga AS$15 juta (RM48 juta).

Oksana mendakwa (40) aktor itu memukulnya dan kemudian mencederakan bayi mereka Lucia ketika mabuk. Gibson dan Robyn bercerai pada 2009, beberapa minggu selepas gambarnya bersama Oksana disiarkan pertama kali. Gibson bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah di atas tuduhan menumbuknya dan mencederakan bayi perempuan mereka Lucia, ketika mabuk pada Januari 2010. Gibson menyifatkan Oksana sebagai khinzir yang sedang mengawan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]