Melaka United

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melaka FA)
Melaka Bersatu
Nama penuhKelab Bola sepak Melaka Bersatu[1]
GelaranHang Tuah
Sang Kancil
Nama pendekKBMB
Diasaskan1924; 100 tahun yang lalu (1924) (PBA Melaka)
2013; 11 tahun yang lalu (2013)
(Melaka Bersatu)
Dimansuhkan2022; 2 tahun yang lalu (2022)
StadiumStadium Hang Jebat,
Krubong, Melaka
(Kapasiti: 40,000)
PresidenMelaka Adly Zahari
PengurusMalaysia Datuk Wira Yusof Mahadi
JurulatihMalaysia Zainal Abidin Hassan
LigaLiga Super Malaysia
2020Ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Kelab Bola sepak Melaka Bersatu merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010.

Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya PBA Melaka sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka Bersatu di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka Bersatu sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.

Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka Bersatu adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Pada tahun 2020, Melaka Bersatu umum pembubaran secara rasminya ekoran masalah hutang pemain berlarutan yang berjumlah RM 3 juta dan kini digantikan oleh kelab yang kurang dikenali, Melaka FC.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015.

Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1[4][5].


Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium Hang Jebat
Hang Jebat Stadium
ستاديوم هڠ جيبت
Stadium Hang Jebat ketika perlawanan bola sepak Melaka United.
LokasiKrubong, Melaka, Malaysia
Koordinat2°17′21″N 102°13′59″E / 2.28908°N 102.233094°E / 2.28908; 102.233094
Dibuka2004
PemilikPerbadanan Stadium Melaka
PengendaliPersatuan Bola Sepak Melaka United
PermukaanPadang Rumput
Trek
Kapasiti40,000
Dimensi padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
Penyewa
Melaka United (2005–sekarang)
Sukan Sukma (2010)
Harimau Muda B (2015)

Melaka United sekarang menggunakan Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Kapasiti stadium ini adalah seramai 40,000 penonton pada satu-satu masa. Selain dari kemudahan padang bola sepak, stadium ini juga mempunyai kemudahan trek larian.

Logo dan warna[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.

Warna[sunting | sunting sumber]

Melaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.

Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.

Penyokong[sunting | sunting sumber]

Melaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.

Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

Persaingan[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[6][7][8].

Pemilikan dan Kewangan[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah ditubuhkan semenjak 1924 dan dimiliki oleh Melaka United Soccer Association di mana kelab ini mendapat sokongan kewangan oleh kerajaan negeri di samping pihak penaja korporat.

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Kit baju pasukan Melaka United telah dikilangkan oleh Kronos semenjak 2014, di mana mereka telah dikontrakkan untuk membekalkan baju bagi pasukan ini dari 2014 hingga 2015. Perkongsian ini telah diteruskan bagi dua tahun mendatang sehingga 2017.

Penaja utama baju bagi Melaka United kini merupakan Mamee. Kelab ini juga mempunyai pelbagai penaja lain dan rakan kongsi seperti De'NatureHerbs yang telah menaja pasukan sebanyak RM 5 juta untuk musim 2016[9][10].

Kit[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengeluar Kit Penaja Jersi
1980 United Kingdom Umbro
1981 Jerman Schwarzenbach
1982–83 Jerman Schwarzenbach
1984
1985 Gold Flake
1986 ArgentinaBrazil Topper ArgentinaBrazil Topper
1987 CW
1988 Itali Diadora
1989 Jepun ASICS United Kingdom Dunhill / Malaysia EON
1990 Itali Lotto
1991–92 United Kingdom Cheetah
1993 ClubMan
1994–97 Jepun Mizuno United Kingdom Dunhill
1998 United Kingdom Dunhill / Malaysia Gibca Holdings
1999–2000 Malaysia J-King United Kingdom Dunhill
2001 Jepun Mikasa United Kingdom Dunhill / Jepun Mikasa
2002–03 Itali Kronos United Kingdom Dunhill / Itali Kronos
2004 United Kingdom Admiral United Kingdom Dunhill / United Kingdom Admiral
2005 Jepun ASICS Malaysia Celcom / Jepun ASICS
2005/06 Itali Lotto Malaysia TM Net / Singapura Creative Technology Limited
2006/07 Malaysia Figos Malaysia TM / Malaysia Cubic
2006/07 Sepanyol Joma Malaysia TM
2007/08 United KingdomMalaysia Ambros Malaysia Celcom / Metaforce
2009 Pakistan Kika Malaysia Streamyx
2010 Perancis Shemsy Malaysia TM
2011 Itali Kappa Malaysia Interpacific
2012 United KingdomMalaysia Ambros United KingdomMalaysia Ambros
2013 Malaysia Arora
2014 Itali Kronos Malaysia Mamee / Malaysia KAJ
2015 Malaysia Mamee
2016 Malaysia Edra / Malaysia Mamee
2017 http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine / Malaysia Tag Marine
2018 Thailand Warrix http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine
2019 Thailand Warrix http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine
2020 Malaysia AL Sports Malaysia De'NatureHerbs

Pemain[sunting | sunting sumber]

Senarai Skuad Terkini[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 Januari 2021

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Haikal Zainal
2 DF Malaysia Che Rasid Che Halim
3 DF Malaysia Mohd Akmal Md Zahir
6 DF Korea Selatan Jang Suk-won
7 MF Malaysia Wan Zaharulnizam
8 MF Filipina Manuel Ott
9 FW Brazil Alex Gonçalves
10 FW Haiti Sony Norde
11 MF Malaysia Syamim Yahya
12 MF Malaysia Kumaahran Sathasivam
13 DF Malaysia Razman Roslan
14 DF Malaysia Aizulridzwan Razali
15 MF Malaysia Fakhrullah Rosli
17 FW Malaysia Hazim Abu Zaid
18 DF Malaysia Amirul Afiq Wan Rahman
No. Pos. Negara Pemain
19 GK Malaysia Khairul Fahmi Che Mat
20 FW Malaysia Faizal Thalib
22 GK Malaysia Norazlan Razali
25 MF Malaysia Faris Shah Rosli
27 MF Malaysia Jasmir Mehat
28 MF Malaysia Amirul Hamer
30 MF Malaysia Shyamierul Razmee Jasmi
31 DF Malaysia Khairul Helmi Johari Hasbullah Abu Bakar (Pinjaman dari Johor Darul Ta'zim II F.C.)
61 MF Malaysia Nurridzuan Abu Hassan
90 FW Montenegro Stefan Nikolic

Bekas Pemain[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Januari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Solehin Mamat
3 MF Malaysia Nurridzuan Abu Hassan
5 DF Malaysia Annas Rahmat
6 DF Korea Selatan Jang Suk-won
7 FW Nigeria Uche Agba
8 MF Malaysia Safiq Rahim (kapten)
10 MF Colombia Romel Morales
11 MF Malaysia Syamim Yahya
12 FW Malaysia Ramzi Haziq
13 DF Malaysia Razman Roslan
14 DF Malaysia Aizulridzwan Razali
15 MF Malaysia Khairul Anwar Shahrudin
16 MF Malaysia Saiful Ridzuwan Selamat
17 FW Malaysia Hazim Abu Zaid
18 DF Malaysia Wan Amirul Afiq Wan Rahman
No. Pos. Negara Pemain
19 GK Malaysia Khairul Fahmi Che Mat
20 FW Malaysia Faizal Talib
21 MF Malaysia Fakhrullah Rosli
22 GK Malaysia Norazlan Razali
23 FW Malaysia Ferris Danial
24 DF Malaysia Curran Singh Ferns
25 MF Malaysia Anwar Ibrahim
26 DF Malaysia Khair Jones
27 MF Malaysia Aziz Kifah
28 MF Malaysia Amirul Hamer
29 MF Malaysia Deevan Raj
30 MF Malaysia Shyamierul Razmee Jasmi
31 MF Haiti Sony Norde
61 DF Malaysia Mohd Shafiq Samzul
DF Malaysia Lee Yong Cheng

Ketua jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
Nov 2018 – September 2022 Malaysia Zainal Abidin Hassan
Jun 2017 – Oktober 2018 Portugal Eduardo Almeida
November 2016 – Mei 2017 England Eric Williams
September 2014 – Oktober 2016 Malaysia Mat Zan Mat Aris
Oktober 2013 – Ogos 2013 Slovakia Ladislav Totkovič
April 2013 – Oktober 2013 Malaysia [[Aziz Kifah

]]

Januari 2013 – April 2013 Malaysia Mohd Asri Ninggal
2012 – 2013 Malaysia G. Selvamohan
2011 – 2012 Malaysia Manja Man
2010 – 2011 Malaysia Mahathir Taha
2009 – 2010 Malaysia Abdul Rahim Abdullah
2008 – 2009 Malaysia Mohd Nik Sham Abdullah
2007 – 2008 Malaysia Ramli Junit
2007 Malaysia K. Devan
2005 – 2006 Malaysia E. Elavarasan
2005 Malaysia Ong Kim Swee
2000 – 2001 Malaysia Ramli Junit
1999 Malaysia G. Torairaju
1998 Malaysia Mohd Shah Alias Norbit
1997 Malaysia Mahathir Taha

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Barisan kejurulatihan dan staf[sunting | sunting sumber]

  • Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
  • Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
  • Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
  • Ketua Jurulatih : Zainal Abidin Hassan
  • Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
  • Penolong Jurulatih 2 : Tiada
  • Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
  • Ahli Fisioterapi : Tiada
  • Kitman : Tiada
  • Kitman / Cameraman : Tiada

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengurus
November 2013 – Malaysia Mohd Yusoff Mahadi
April 2013 – November 2013 Malaysia Idris Haron
2011 – April 2013 Malaysia Mohd Yunos Husin
2009 – 2010 Malaysia Abdul Malik Kassim
2008 – 2009 Malaysia Mohd Yazid Khamis
2006 – 2008 Malaysia Karim Yaakob
2005 Malaysia Chua Peng Song
1999 – 2002 Malaysia Ibrahim Durum

Bekas pemain[sunting | sunting sumber]

Tempatan[sunting | sunting sumber]

Import[sunting | sunting sumber]

Rekod[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super 1983
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier 2016 2000, 2006
Divisyen 3/Liga FAM 2015 1957, 1958

Belia[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden 1993 1990

Asia[sunting | sunting sumber]

1986: Peringkat Kelayakan


Liga Negeri[sunting | sunting sumber]

Liga Melaka (dulu dikenali sebagai Liga MAFA) adalah sebuah liga bola sepak divisyen keempat dan kelima di Malaysia. Liga ini dianjurkan oleh pihak MUSA demi merancakkan pembangunan bola sepak dalam negeri Melaka. Liga ini mempunyai dua divisyen; Divisyen 1 (Divisyen keempat dalam Liga Malaysia) dan Divisyen 2 (Divisyen kelima dalam Liga Malaysia).

Kelab Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="MUFCRebranding2016">http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/11/01/musa-kini-dikenali-sebagai-mufc MUSA kini dikenali sebagai MUFC
  2. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130828/su_10/Persatuan-bola-sepak-Melaka-dijenama-semula Diarkibkan 2015-12-25 di Wayback Machine Persatuan bola sepak Melaka dijenama semula
  3. ^ http://www.ligamalaysia.net/2013/08/penjenamaan-semula-bola-sepak-melaka.html Penjenamaan semula bola sepak Melaka
  4. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Melaka kembali warnai Liga M
  5. ^ http://www.bharian.com.my/node/78416 32 tahun ketandusan sebarang piala dalam arena bola sepak tempatan
  6. ^ https://books.google.com.my/books?id=ukBcAwAAQBAJ&pg=PA2029&lpg=PA2029&dq=melaka+football+rivalries&source=bl&ots=3k9WZCIJVr&sig=mk8O5D-mzyPc33EjEm1CuI4y1VI&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=melaka%20football%20rivalries&f=false HOW MALAYSIA NEVER REACHED THE WORLD CUP: Harimau Malaya's 40-Year Chronicle of Failure
  7. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/tag/melaka-united-ms/[pautan mati kekal] Pelbagai perlawanan persahabatan antara Melaka United-JDT
  8. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/jdt-friendly-series-vi-vs-melaka-united/ Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine Perlawanan persahabatan Persaingan JDT
  9. ^ "Arena – Berita Sukan, Jadual Perlawanan & Keputusan | Stadium Astro". Dicapai pada 2015-12-24. Melaka United terima tajaan RM5 juta
  10. ^ http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.php?id=1202044 Erda Global Energy Powers Melaka United's Premier League Hopes With RM5 Million Sponsorship

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]