Melaka Maju 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Visi Melaka Maju 2010 diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Visi Melaka Maju 2010 telah dilancarkan pada tahun 2001. Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi atau Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Pada tahun 2002, 23 indikator telah diperkenalkan untuk mengukur kemajuan Melaka. 23 indikator itu dipadankan daripada 43 indikator yang disediakan oleh EPU untuk mengukur kemajuan Malaysia. Tugas penyediaan, pengukuran dan pemantauan tersebut diserahkan kepada Majlis Tindakan Negeri (MTEN) Melaka. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD. Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

Pengisytiharan Melaka Maju 2010[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat, Krubong disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010. Dengan Pengisytiharan ini, Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan berbagai projek Mega dan Gergasi untuk Rakyat negeri Melaka khasnya dan Rakyat Malaysia amnya. Antaranya:

Melaka World Solar Valley[sunting | sunting sumber]

Melaka World Solar Valley (MWSV) atau dalam bahasa malaysia Lembah Solar Dunia Melaka merupakan projek gergasi kerajaan negeri Melaka untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. MWSV merupakan Pusat Tenaga Solar terbesar di Malaysia, projek ini adalah hasil usahasama syarikat dari Taiwan dan juga Amerika Syarikat. AUO Sunpower adalah syarikat yang akan menguruskan kawasan lembah solar ini. Kapasiti AUO SunPower setakat 2011 adalah 700 MW setahun.

Namun sedemikian, project gergasi MWSV gagal menarik perhatian dari mana mana syarikat lain dan sehingga penghujung tahun 2011 hanya AUO SunPower membina kilang di zon perindustrian gergasi ini dan projek projek lain memilah negeri lain (Bosch Solar - Pulau Pinang; First Solar dan Panasonic - Kedah, Q-Cells - Selangor)

Hang Tuah Jaya[sunting | sunting sumber]

Hang Tuah Jaya merupakan sebuah kawasan baru yang meliputi Ayer Keroh, Melaka. Tujuan utama Hang Tuah Jaya ditubuhkan adalah untuk menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, dengan pusat bandarayanya adalah Melaka International Trade Centre (MITC). Jika MITC berjaya dijadikan Bandarraya kedua di negeri Melaka, ini secara tak langsung akan mewujudkan Bandar Satelit iaitu bandar yang menghubungkan antara Bandarraya Melaka dan juga Bandarraya MITC.Berbagai projek yang akan dibina disekitar Hang Tuah Jaya, antaranya:

1- MITC Sentral - MITC Sentral merupakan Pusat Pengangkutan Awam Ke-2 selepas Melaka Sentral. MITC Sentral dibina di Pusat Bandarraya MITC. MITC Sentral dibina adalah untuk mewujudkan stesen LRT yang akan dibina bermula dari Stesen Durian Tunggal. MITC Sentral akan menjadi salah satu stesen LRT untuk Projek LRT Melaka, dan stesen berikut akan berhenti di Stesen Melaka Sentral.

2- MITC Megamall - Merupakan sebuah kompleks membeli-belah 5 bintang setaraf dengan Suria KLCC di Kuala lumpur. Dengan adanya kompleks membeli belah 5 bintang ini akan menjadikan Melaka sebagai Pusat Membeli-belah terkemuka di Asia Tenggara.

3- Hang Tuah Tower - merupakan menara 100 tingkat yang akan dibina di tengah-tengah Bandarraya MITC dan merupakan mercu tanda baru untuk negeri Melaka. Menara yang akan dinobatkan sebagai menara paling tinggi di Malaysia akan mempunyai pusat membeli belah setinggi 6 tingkat di bahagian bawah menara yang dikenali dengan 'Hang Tuah Mega Mall'.

4- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - merupakan Majlis Perbandaran paling baru ditubuhkan di malaysia, Pihak berkuasa tempatan (PBT) ini bertanggungjawab menjaga dan memelihara Kawasan Hang Tuah Jaya. ini merupakan kesamaan antara Putrajaya dengan Perbadanan Putrajaya, cuma Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri Melaka.

Melaka International Airport (MIA)[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam telah dinaiktaraf menjadi lapangan terbang antarabangsa menerusi Pengiktirafan Dari Malaysia Airport Berhad. Usaha yang diketuai oleh Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka untuk menjadikan Melaka Maju 2010 tercapai, sangat membanggakan rakyat negeri Melaka. Dengan pengiktirafan ini, tidak lama lagi akan semakin banyak pendaratan antarabangsa akan mula beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Melaka International Sports Arena (MISA)[sunting | sunting sumber]

Melaka International Sports Arean (MISA) atau Arena Sukan Antarabangsa Melaka (ASAM) merupakan kompleks sukan terbesar di Malaysia. Ia terletak di Stadium Hang Jebat, Krubong. Dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sukan Krubong, akan tetapi telah dinaik taraf semasa Melaka Menjadi Tuan Rumah Sukan Malaysia 2010. MISA merupakan cetusan ideal Ketua Menteri Melaka untuk menjadikan sukan sebagai acara harmoni untuk rakyat negeri melaka. MISA ini mempunyai Kompleks Futsal, Kompleks Renang, Stadium Hang Jebat, Perkampungan Sukan dan berbagai lagi.

Projek LRT Melaka[sunting | sunting sumber]

Projek Melaka Monorail dan LRT Melaka yang bernilai RM3.6 bilion akan menjadikan Melaka sebagai negeri ke-2 mempunyai sistem keretapi elektrik setanding dengan Metropolitan Kuala Lumpur. LRT ini yang akan menghubungkan jaringan pengangkutan bermula dari stesen Durian Tunggal, dan akan berhenti di Stesen MITC Sentral, dan ke Stesen Ayer Keroh - Seri Negeri (Bangunan Seri Negeri), dan ke Stesen Melaka Sentral, dan ke stesen Hang Tuah Mall di Pusat Bandarraya Melaka, dan Ke stesen Banda Hilir, dan ke Stesen Pantai 1 Malaysia (Klebang), dan ke Stesen Pantai Puteri (Pantai Kundor) dan Stesen Terakhir di Stesen Sungai Udang. untuk permulaan, stesen ini akan berhenti di 9 Stesen, akan tetapi lebih banyak stesen akan dibina untuk jangka masa sepuluh tahun lagi.

Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) merupakan lebuh raya yang menghubungkan utara hingga ke selatan negeri Melaka, bermula dari Plaza Tol Simpang Empat, Alor Gajah sehingga Bandar Sungai Rambai dekat dengan Daerah Muar, Johor. Lebuhraya ini telah memberikan keselesaan kepada seluruh rakyat Melaka lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal di kawasan Alor Gajah dan juga kawasan Merlimau-Muar. Lebuh raya ini menghubungkan ketiga-tiga bandar utama serentak iaitu Bandarraya Melaka, Bandar Alor Gajah dan juga Bandar Jasin/Merlimau.

Marina Melaka[sunting | sunting sumber]

Marina Melaka adalah projek penambakan tanah dan pasir dipesisir pantai melaka bermula dari Taman Kota Laksamana sehingga ke Pantai Klebang. Marina Melaka adalah projek seakan-akan Projek Dubai Marina, Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Projek ini mendapat pelaburan sebanyak RM 70 bilion dari syarikat-syarikat timur tengah yang memang berminat untuk memajukan Melaka sebagai destinasi pelaburan hebat seperti di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Di Marina Melaka akan terbina nya Hotel 7 bintang setaraf dengan Hotel Burj Al-Arab di Dubai dan juga Marina Bay Melaka seperti Marina Bay di Dubai. Disini juga akan terbina nya Komplek Membeli belah Marina Mall setaraf 6 bintang dan juga Melaka Grand Tower setinggi 60 tingkat dipesisir pantai Marina Melaka. Di Marina Melaka juga akan terbina nya Taman Tema Terunggul di dunia iaitu Melaka Lagoon yang bernilai RM600 juta.

Malacca Disneyland[sunting | sunting sumber]

Melaka Disneyland merupakan projek Taman Tema Paling Mahal di dunia. ia menelan belanja RM 5.5 bilion yang terletak di antara Daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka. Taman Tema ini merupakan Taman Tema pertama dibina di Asia Tenggara. dengan terbina nya Taman Tema ini, secara tak langsung akan merancakkan lagi industri pelancongan negeri melaka khasnya dan juga industri pelancongan negara kita amnya.

Mahkota City, Melaka[sunting | sunting sumber]

Mahkota City adalah sebuah kawasan kompleks membeli belah utama di Bandarraya Melaka. Meliputi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Megamall dan Hatten Square. Di kawasan ini juga mempunyai sebuah Hospital yang dikenali dengan Mahkota Medical Centre dan Hotel 5 star iaitu Mahkota Hotel , Melaka. Sebuah kompleks membeli belah masih dalam pembinaan iaitu The Mahkota Explorer Mall, sebelah Mahkota Parade. Terdapat juga sebuah Hotel iaitu Holiday Inn Mahkota City, bersebelahan dengan Mahkota Hotel, Melaka.

Bandarraya Di Hilir, Melaka[sunting | sunting sumber]

Bandarraya Di Hilir adalah sebuah kompleks Bandarraya yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka. Bandarraya ini meliputi keseluruhan kompleks bersejarah melaka, dari Pelabuhan Melaka, ke Bangunan Kota A Famosa, dan meliputi kawasan Jonker Walk, ke Kawasan Perkampungan Portugis.Kawasan ini adalah dikekalkan semua bangunan bersejarah dan akan dijadikan semula pembangunan kompleks Kota Melaka sepertimana ketika zaman kemashyuran Kesultanan Melayu Melaka. KOTA MELAKA pula akan dilengkapi dengan Istana Melaka yang sekarang dikenali sebagai Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan akan dijadikan Kompleks Pentadbiran Kota Melaka.

Malacca Land[sunting | sunting sumber]

Malacca Land adalah sebuah Taman Tema di kawasan Ayer Keroh. iaitu ia bermula dari Taman Mini Asean dan bersambung ke Taman Mini Malaysia kemudian ia disambungkan lagi ke Zoo Melaka, dan mempunyai Taman Buaya, Taman Ular, Taman Rama-Rama dan bersambung ke sebelah Lebuh Ayer Keroh iaitu Taman Botani Melaka dan penghujungnya adalah Dataran Sejarah, Ayer Keroh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]