Melaka Monorail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Monorel Melaka
Gerabak monorel Melaka

Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandaraya Melaka, Melaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta.[1] Ia mula dibina pada Mei 2008.

Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa.

Bagaimanapun, akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan.[2] Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.[3]

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain