Melanchong Ka Tokyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melanchong Ka Tokyo
(Melancong ke Tokyo)
Pengarah
Cerita olehA. Razak
Dibintangi
Sinematografi
  • Laurie Friedman
  • T. Nagaoka
Disunting oleh
  • Ramon A. Estella
  • Hayat Harris (pembantu penyunting)
Muzik oleh
  • Osman Ahmad
  • Yusoff B.
  • P. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1964 (1964)
Negara
BahasaMelayu

Melanchong Ka Tokyo (kini dieja sebagai Melancong ke Tokyo) merupakan antara filem berwarna yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Filem ini dikeluarkan pada 1964. Antara lokasi penggambaran adalah bertempat di Singapura dan Jepun. P. Ramlee, Ahmad Daud dan Saloma merupakan antara penyanyi undangan untuk filem ini.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Rosnah (Saadiah) merupakan seorang wanita dari Malaysia yang memenangi satu peraduan dengan ganjaran melancong ke Tokyo dan segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur. Kunio (Asao Matsomoto) dan Mariko (Motoko Furukawa) telah ditugaskan untuk menjadi pemandu Rosnah bersama bapa saudaranya, Ali (S. Kadarisman) semasa mereka berada di Tokyo. Mariko mencintai Kunio tanpa pengetahuannya. Tetapi, Kunio tidak mencintai Mariko kerana terpikat dengan kejelitaan Rosnah. Rosnah tidak dapat menerima cinta Kunio kerana sudah mempunyai kekasih di kampungnya yang bernama Darus (Aziz Jaafar). Sikap Rosnah yang jujur itu telah melukakan hati Kunio kerana mengetahui kedudukan yang sebenar. Mariko pula kecewa dengan sikap Kunio yang lebih mementingkan Rosnah daripada dirinya.[1]

Apabila Mariko memberitahu perkara yang sebenar kepada Rosnah tentang perasaanya terhadap Kunio, Rosnah cuba menjauhkan diri daripada Kunio. Rosnah juga berusaha untuk merapatkan hubungan antara Kunio dan Mariko. Kebijaksanaan Rosnah dalam menjalankan rancangannya telah menemui hasil yang sangat baik. Kunio dan Mariko berterima kasih kepada Rosnah kerana budi baiknya dalam merapatkan hubungan mereka sesuai dengan bangsa dan budaya yang ada. Setelah tamat percutiannya, Rosnah pulang ke kampung dan berlaku sedikit perselisihan faham. Pada peringkat awal, Darus cemburukan Rosnah yang disangkanya mempunyai hubungan dengan Kunio. Tetapi akhirnya, mereka berdua berkahwin.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Autumn Leaves oleh P. Ramlee
  2. I Love Paris oleh Ahmad Daud
  3. I Will Follow Him oleh Saloma
  4. Semoga Berjaya oleh Aziz Jaafar dan Saadiah
  • P. Ramlee pernah menyanyikan lagu Autumn Leaves dalam bahasa Melayu.
  • Lagu I Love Paris merupakan lagu kesukaan Ahmad Daud dan sering dinyanyikan beliau tatkal diundang untuk menyanyi.
  • Lagu I Will Follow Him merupakan lagu asal nyanyian Petula Clark yang dirakam pada tahun 1963.
  • Dalam versi piring hitam, lagu Semoga Berjaya telah dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dan Normadiah selain daripada versi solo oleh Normadiah.
  • Muzik iringan telah dimainkan oleh kumpulan The Fabulous Flamingos.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 236–239. ISBN 978-983-43591-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan); |editor1-first= missing |editor1-last= (bantuan)