Orang Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melayu Malaysia)
Orang Melayu Malaysia
اورڠ ملايو مليسيا
Budak lelaki Melayu bemain Tarik Upih Pinang, sebuah permainan tredisyenal yang menggunakan upih pinang.
Jumlah penduduk
15,479,600
50.8% daripada populasi Malaysia (Data Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2015
Bahasa
Melayu Malaysia, Inggeris Malaysia, Arab digunakan sebagai bahasa agamawi
Agama
Majoritinya beragama Islam Sunni bermazhab Shafi'i.
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Indonesia, Melayu Brunei, Melayu Singapura, Melayu Thai, Filipina, Champa, orang Austronesia, Polynesia dan penduduk pulau Pasifik yang lain.

Orang Melayu Malaysia ialah kaum Melayu yang duduk dekat negara Malaysia. Orang Melayu Malaysia dibanchi sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinggalan kuil rakyat purba di Lembah Bujang. Adalah dipercayai bahawa kawasan itu adalah rumah kepada tamadun awal sejak 553 SM.

Dunia Melayu, ialah rumah bagi pelbagai suku dalam kategori kaum Melayu (Malayic) Austronesia sejak Zaman Air Batu yang lalu (sekitar 15,000–10,000 SM), mempamerkan variasi etnik, bahasa dan budaya yang menarik.[1] Sistem kepercayaan animisme kaum pribumi yang menggunakan konsep roh (semangat) dalam setiap benda semula jadi, adalah sinonim dalam kalangan suku Melayu purba sebelum kedatangan agama Dharma.[2] Jauh di muara Sungai Merbok, terdapat banyak peninggalan sejarah yang telah membuka mata dimana beberapa seni bina upacara dan keagamaan yang dikhaskan untuk penyembahan matahari dan gunung.[3][4][5] Pada kemuncaknya, penempatan besar-besaran itu terbentang seluas seribu kilometer, didominasi di dataran utara Semenanjung Tanah Melayu.[3][4] Berdasarkan kontemporari, kawasan itu dikenali sebagai bandar Sungai Batu yang hilang. Ditubuhkan pada 535 SM, ia merupakan bukti tamadun tertua di Asia Tenggara dan bakal leluhur kerajaan Kedah Tua. Selain Sungai Batu, kawasan pesisir pantai semenanjung Tanah Melayu juga menyaksikan perkembangan penempatan bandar purba yang lain dan politik wilayah yang didorong oleh masyarakat agraria yang didominasi kosmopolitan, pertukangan mahir yang berkembang maju, saudagar multinasional dan ekspatriat asing. Rekod Cina mencatatkan nama Akola, P’an P’an, Tun-Sun, Chieh-ch’a, Ch’ih-tu, Pohuang, Lang-ya-xiu di antara beberapa orang. Pada abad kelima Masihi, penempatan ini telah berubah menjadi sebuah negara kota yang berdaulat, secara kolektif dibentuk oleh penyertaan aktif dalam rangkaian perdagangan antarabangsa dan menjadi tuan rumah kedutaan diplomatik dari China dan India.[3][4] Antara abad ke-7 dan ke-13, kebanyakan negeri perdagangan maritim semenanjung yang kecil dan makmur ini, menjadi sebahagian daripada mandala Srivijaya,[6]

Sub kategori[sunting | sunting sumber]

Melayu Malaysia boleh dikelaskan secara meluas kepada dua kategori utama; Anak Jati (Melayu asli atau Melayu tempatan) dan Anak Dagang (Melayu berdagang atau Melayu asing). Melayu peranakan juga dikelaskan di dalam kategori Melayu Malaysia.

Anak Jati[sunting | sunting sumber]

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka ialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

Anak Dagang[sunting | sunting sumber]

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:-

Peranakan[sunting | sunting sumber]

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka ialah:-

  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan/Jawi Pekan/Peranakan Kling/Malabari/India/Mamak
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam atau Samsam
  • Peranakan Eropah
  • Peranakan Khmer

Bahasa[sunting | sunting sumber]

video Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad bercakap bahasa Melayu

Masyarakat Melayu di Malaysia majoriti bercakap dalam bahasa Melayu moden untuk komunikasi. Beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia bercakap dalam loghat bahasa Melayu mereka tersendiri, begitu juga masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak. Antara loghat bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan Glottolog ialah bahasa Melayu Kedah, bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Negeri Sembilan, bahasa Melayu Sabah dan lain-lain[9]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-

  • Baju Kebaya

Alat Muzik Tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kompang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya.

Makanan Tradisi[sunting | sunting sumber]

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tupe, Nasi Campur Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.

Teater Tradisional[sunting | sunting sumber]

Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Wayang Kulit Kelantan merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Namun Ianya terkenal di Kelantan. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.

Makyong ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.

Mek Mulung ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.

Tarian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Seorang gadis Melayu sedang tari-menari dengan irama Melayu.



Demografi[sunting | sunting sumber]

Negeri Jumlah populasi
2010[10] 2015*[11]
Johor 1,759,537 52.6% 1,893,100 53.2%
Kedah 1,460,746 75.0% 1,569,100 75.7%
Kelantan 1,426,373 92.6% 1,585,900 92.3%
Melaka 517,441 63.0% 552,700 63.3%
Negeri Sembilan 572,006 56.0% 621,900 56.6%
Pahang 1,052,774 70.1% 1,146,000 70.6%
Perak 1,238,357 52.6% 1,314,400 53.0%
Penang 636,146 40.7% 692,400 41.6%
Perlis 198,710 85.8% 210,200 85.4%
Sabah 184,197 5.7% 268,500 7.6%
Sarawak 568,113 23.0% 616,900 23.4%
Selangor 2,814,597 51.5% 3,069,100 52.2%
Terengganu 985,011 95.1% 1,092,200 94.7%
Kuala Lumpur 679,236 40.8% 729,500 41.3%
Labuan 30,001 34.5% 33,900 35.0%
Putrajaya 68,475 94.6% 83,800 94.9%
Malaysia total 14,191,720 50.1% 15,479,600 50.8%
  • 2015 Population estimates are rounded to the nearest hundred.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hood Salleh 2011, halaman 28
  2. ^ Ragman 2003, halaman 1–6
  3. ^ a b c Pearson 2015[halaman diperlukan]
  4. ^ a b c Hall 2017, halaman 111
  5. ^ Mok, Opalyn (9 June 2017). "Archaeologists search for a king in Sungai Batu". The Malay Mail Online. Dicapai pada 6 March 2018.
  6. ^ Sabrizain (2006). "Early Malay kingdoms". Dicapai pada 6 March 2018.
  7. ^ Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor, penghijrahan dan penempatan, 1880-1940. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia,. m/s. 2,15.CS1 maint: extra punctuation (link)
  8. ^ Paul H. Kratoska (1982). Penghijrah dan Penghijrahan: (kumpulan esei Sejarah Malaysia oleh Pelajar-Pelajar U.S.M.). University Sains Malaysia. m/s. 66-67,72.
  9. ^ https://iso639-3.sil.org/code/mly
  10. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 16–61. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2013.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2015 population tidak disediakan



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.