Melbourne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Melbourne
Jata Bandaraya Melbourne

Melbourne ialah ibu negeri dan bandar raya terbesar di wilayah Victoria, dan bandar raya kedua terbesar Australia (selepas Sydney), dengan penduduk seramai 3,600,650 di kawasan metropolitan Melbourne (Jun 2004) dan 61,670 di City of Melbourne (yang merangkumi kawasan pusat bandar raya sahaja). Motto bandar raya ini ialah "Vires acquirit eundo" yang bermaksud "kami semakin kuat sewaktu mara kehadapan". Melbourne pernah menjadi ibukota Australia antara 1901 dan 1927.

Melbourne telah dua kali diletakkan di tempat pertama dalam satu kajian oleh The Economist tentang Bandar Raya Paling Sesuai Didiami di Dunia atas dasar sifat-sifat kebudayaan, iklim, kos sara hidup, dan keadaan sosial; sekali pada 2002 [1], dan sekali lagi dalam tahun 2004. Utne Reader dari Amerika Syarikat pernah membuat pernyataan "Melbourne menambah satu tradisi yang lama yang menjadi kebanggaan sivik, masyarakat pendatang baru dari seluruh dunia, dan makanan terbaik di Australia, dan anda dapat menjumpai satu resipi di mana ramai yang mendakwa Melbourne adalah bandar raya paling hip dalam Hemisfera Selatan" (Nov/Dis 2001).

Melbourne adalah tuan rumah untuk sukan-sukan terkemuka Australia, seperti: Karnival Larian Musim Bunga Melbourne (termasuk Piala Melbourne), Perlumbaan Formula One Grand Prix Australia, Tenis Terbuka Australia dan pusingan akhir AFL. Melbourne julung-julung kalinya menghoskan Sukan Olimpik di hemisfera selatan dalam 1956, dan kemudiannya Sukan Komanwel pada tahun 2006.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Geografi Semula Jadi[sunting | sunting sumber]

Sungai Yarra pada waktu selepas senja

Melbourne terletak dalam sudut dari tenggara tanah besar Australia, dan adalah ibu kota paling selatan di tanah besar. Ia dibina di kuala aliran lava Quaternary ke barat, batu lumpur Silurian ke timur dan pengumpulan pasir Holocene ke tenggara sepanjang Port Phillip, suburbianya berselerak ke timur, sepanjang Sungai Yarra sehingga ke Yarra dan Dandenong Ranges, tenggara ke mulut teluk, dan kemudian ke Sungai Maribyrnong dan bercabang ke barat dan utara ke kawasan pertanian. Central Business District, atau kawasan pusat perniagaan(bandar raya asal) adalah ditetapkan dengan menggunakan Hoddle Grid yang terkenal iaitu kawasan sebesar satu batu kali setengah batu.

Geografi Urban[sunting | sunting sumber]

Stesen Tren Flinders Street, stesen kereta api utama

Melbourne adalah bandar raya Australia yang di dibina dengan idea yang berdasarkan bandar yang mempunyai "rumah dan taman hanya bersuku ekar". Oleh itu, banyak daripada metropolitan Melbourne adalah disifatkan dengan ketumpatan penduduk yang rendah.

Tambahan pula, peruntukan bagi tren dan trem yang meluas yang dibekalkan pada tahun-tahun pembangunan terdahulu merangsangkan pembangunan ketumpatan rendah ini untuk berlaku dalam baris-baris radial mengikuti koridor-koridor pengangkutan. Hasilnya adalah Melbourne hari ini yang merupakan antara bandaraya terbesar di dunia dari segi saiz fizikal atau tapak bandar.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan umum di Melbourne disediakan oleh tren, trem, dan bas. Sistem Pengangkutan berintegrasi dalam jaringan Metlink dengan sistem bayaran sepadu yang dapat digunakan untuk ketiga-tiga sistem tersebut. Bayaran untuk pengangkutan adalah melalui satu tiket dan merangkumi 3 zon. (Zon 1 - CBD dan sekitar, Zon 2 dan Zon 3 di kawasan luaran metropolitan

Udara[sunting | sunting sumber]

Melbourne memiliki beberapa lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne (atau dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Tullamarine kerana terletak di dalam daerah Tullamarine) adalah lapangan terbesar di Melbourne. Lapangan terbang ini digunakan oleh penerbangan-penerbangan utama seperti Qantas Airways, Virgin Blue Airways, Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Emirates Airlines, dan sebagainya.

Lapangan terbang yang lain adalah Lapangan Terbang Avalon yang terletak antara Melbourne dan Geelong. Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai lapangan terbang tambang rendah Melbourne kerana ketika ini hanya Jetstar Airways yang terkenal dengan penerbangan tambang rendahnya beroperasi di sini.

Kenderaan[sunting | sunting sumber]

Melbourne memiliki jaringan lebuh raya yang sangat luas menghubungi bandar-bandar sekitar Melbourne. Misalnya, Hume Highway menghubung Sydney dan Melbourne. Untuk ke Adelaide pula, tersedia Princes Highway.

Pengangkutan Awam[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam di Melbourne disediakan oleh tren, trem, dan bas. Sistem pengangkutan berintegrasi dalam jaringan Metlink dengan sistem bayaran sepadu yang dapat digunakan untuk ketiga-tiga sistem tersebut. Bayaran untuk pengangkutan adalah melalui satu tiket dan merangkumi 3 zon. (Zon 1 - pusat bandar raya (CBD) dan sekitar, Zon 2 dan Zon 3 di kawasan luaran metropolitan)

Tren

Tren Berjenama Siemens ke Frankston di Melbourne

Sistem tren di Melbourne dimiliki oleh Syarikat Connex. Stesen utama tren Melbourne adalah Stesen Flinders Street untuk tren intrabandar manakala Stesen Southern Cross pula untuk tren-tren antarabandar. Tren-tren ke sekitar kawasan Melbourne disediakan oleh V-Line, manakala tren untuk ke tempat yang lebih jauh seperti Adelaide dan Sydney disediakan oleh sistem-sistem lain yang telah dipersetujui.

Trem

Sistem trem di Melbourne dimiliki oleh Syarikat YarraTrams. Trem adalah antara pengangkutan yang sangat digemari oleh warga Melbourne kerana ia menghubungi tempat-tempat menarik seperti di dalam CBD, Docklands, Restoran-restoran Lygon Street, Universiti Melbourne, Pantai St Kilda, dan sejauh Box Hill (yang terletak di dalam Zon 2).

Bas

Bas melengkapkan sistem pengangkutan di Melbourne. Ia disediakan oleh beberapa syarikat bas yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga laluan-laluan tertentu.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.