Melissa (cecacing komputer)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Cecacing Melissa, juga dikenali sebagai "Mailissa", "Simpsons", "Kwyjibo", atau "Kwejeebo", merupakan sejenis virus makro mel besar-besaran, menyebabkan sesetengah orang mengklasifikasikannya sebagai cecacing komputer.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertama kali dijumpai pada 26 Mac 1999, Melissa menutup sistem surat Internet yang tersumbat dengan surat-e yang dijangkiti dari cecacing yang membiak. Melissa pada asalnya tidak direka untuk tujuan merosakkan, tetapi ia mengatasi pelayan dan menyebabkan masalah yang tidak dirancang timbul.

Melissa pertama kali disebarkan dalam kumpulan perbincangan Usenet alt.sex. Virus terletak dalam fail bernama "List.DOC", yang mengandungi kata laluan kepada 80 tapak laman porno. Bentuk asal cecacing dihantar melalui e-mel kepada orang ramai.

Melissa ditulis oleh David L. Smith dari bandar Aberdeen Township, New Jersey, dan dinamakan sempena seorang penari riba yang dijumpainya di Florida. Pencipta virus mengelar dirinya sebagai Kwyjibo, tetapi didapati sama seperti penulis virus mikro VicodinES dan Alt-F11 yang mempunyai fail Word dengan ciri-ciri yang sama Globally Unique Identifier (GUID), nombor siri yang dihasilkan daripada alamat kad rangkaian MAC sebagai komponen. Smith dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan dan didenda $5000 dolar AS.[1] Tangkapan ini hasil kerjasama di antara FBI, New Jersey State Police dan Monmouth Internet.[2]

Ciri cecacing[sunting | sunting sumber]

Melissa boleh merebak melalui pemproses perkataan Microsoft Word 97 dan Word 2000.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. U.S. Department of Justice (2002-05-01). Creator of Melissa Computer Virus Sentenced to 20 Months in Federal Prison. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2006-08-30.
  2. ZDNet (1999-4-02). Tracking Melissa's alter egos. Kenyataan akhbar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]