Memanah di Sukan Olimpik Beijing 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Memanah di
Sukan Olimpik Beijing 2008
Archery pictogram.svg
Individu   Lelaki   Wanita
Berpasukan   Lelaki   Wanita
Piktogram yang digunakan untuk mengenalpasti acara memanah di Sukan 2008

Memanah di Sukan Olimpik Beijing 2008 diadakan selama tempoh jangka masa seminggu bermula pada 9 Ogos dan berakhir pada 15 Ogos 2008. Acara-acara memanah berlangsung di Olympic Green Archery Field, satu penempatan sementara di Olympic Green, Olympic Park di Beijing.

Format pertandingan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai saiz sasaran yang sama (1.22 m) dan berdiri sama jaraknya dari sasaran mereka (70 m). Markah bagi setiap anak panah akan dinilai dengan berapa dekat anak panah berkenaan dengan pusat sasaran yang ia kenakan, dengan satu markah 10 bagi anak panah yang mengenai terus di tengah, jatuh ke 0 markah sekiranya anak panah itu tidak terkena sasaran sepenuhnya. Pingat-pingat akan dianugerahkan di dalam 4 acara: Individu Lelaki, Individu Wanita, Berpasukan Lelaki, and Berpasukan Wanita.

Individu[sunting | sunting sumber]

64 pemanah akan bertangding di dalam kedua-dua pertandingan lelaki dan wanita individu. Satu pusingan awal penentuan ranking akan diadakan pada jarak 70 m, di mana setiap pemanah akan membidik 72 anak panah (dalam enam six kumpulan, terdiri daripada 12 anak panah). Markah keseluruhan ini akan digunakan untuk meletakkan pemanah mengikut seeding ke dalam sistem kalah-mati.

Tidak seperti berlaku di Athens, para pemanah yang memenangi pusingan pertama di dalam pertandingan individu, akan beradu serta merta di dalam pusingan berikutnya, tanpa menunggu kesimpulan umum daripada kalah mati itu. Turutan memanah akan diberikan selepas penempatan pemanah selepas pusingan awal The order of shooting will be given by the placement of the archers after the ranking round. Pemanah akan membidik 12 anak panah dalam kumpulan 3 anak panah.

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Setiap negara yang mempunyai pertandingan individu juga boleh bertanding di peringkat berpasukan. Markah daripada ranking individu akan dijumlahkan untuk menilai markah pasukan yang digunakan untuk meletakkan ranking pasukan di dalam pusingan kalah mati. Perlawanan yang dikandungi oleh setiap pasukan akan memanah 24 anak panah (dalam Athens mereka memanah 27) di dalam 4 kumpulan 6 anak panah, dengan setiap pemanah pasukan akan memanah 8 anak panah.