Memorandum Dong Jiau Zong 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Memorandum Dong Jiau Zong 2011 adalah memorandum rasa tidak puas hati Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ) kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka senaraikan 15 isu yang meliputi 43 kehendak yang gagal dilaksanakan dari 2008-2011.

Tuntutan[sunting | sunting sumber]

  1. Pada tahun 1999 hingga 2008, kerajaan telah meluluskan pembinaan 16 buah SJKC baru dan perpindahan 75 buah SJKC sedia ada.Sehingga 15 Julai 2011, hanya lapan buah SJKC baru dan 54 SJKC yang dipindah siap dibina. Kini, terdapat tiga buah SJKC baru masih dalam pembinaan, manakala pembinaan lima buah SJKC baru masih belum dimulakan. Selain itu, terdapat 21 buah SJKC yang dipindah berkenaan masih belum siap dibina.
  2. DJZ mendapati pada setiap Rancangan Malaysia, kerajaan telah membina banyak Sekolah Kebangsaan mengikut keperluan pembangunan, akan tetapi, kerajaan tidak membina SJKC yang mencukupi.
  3. Kerajaan masih tidak mengumumkan bilangan SJKC baru yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (Tahun 2011-2015).
  4. Kerajaan masih tidak memberi maklumat berkenaan tempat pembinaan SJKC baru, peruntukan pembangunan, agihan tanah rizab sekolah dan jadual waktu pembinaan sekolah SJKC.
  5. Peruntukan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan kepada SJKC juga adalah tidak adil dan tidak mencukupi.
  6. SJKC terpaksa mengutip derma daripada masyarakat Cina bagi menampung perbelanjaan pembinaan dan penyelenggaraan sekolah dan sebagainya.
  7. Terdapat juga SJKC yang membuat permohonan kerusi meja tidak diluluskan atau menghadapi pelbagai rintangan, sehingga terpaksa meminta Sekolah Kebangsaan memberi kerusi meja yang berlebihan kepada SJKC.[1]

Permasalahan lain[sunting | sunting sumber]

  1. Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek membangkitkan tentang beberapa SMJK yang asalnya Sekolah Persendirian Cina sebelum ditukar menjadi sekolah bantuan kerajaan.
  2. MCA berbincang dengan lembaga pengelola dan guru besar SMJK yang membabitkan 78 sekolah dan 125,000 pelajar.Semua SMJK mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima waktu bagi mata pelajaran Mandarin setiap minggu.
  3. SMJK berdepan masalah kekurangan guru besar memandangkan ada di antara mereka tidak dapat dinaikkan ke jawatan itu kerana gred mereka hanya DG48 sedangkan gred bagi guru besar ialah DG52. Menteri Pelajaran bersetuju bahawa masalah ini akan diselesaikan mulai 2012 dengan semua guru besar SMJK akan dinaikkan ke gred DG52. Jadi, masalah kekosongan yang tidak diisi disebabkan gred tidak akan timbul lagi.
  4. Isu dua buah sekolah yang beroperasi sebagai sekolah cawangan iaitu SMJK Chan Wa di Seremban dan SMJK Jit Sin 2 di Pulau Pinang dan bukannya dibenarkan beroperasi di bawah pentadbiran sendiri.Bagi SMJK Jit Sin 2, kementerian mahu MCA membantu mengenal pasti lokasi. Kami berpendapat lokasinya perlu strategik dan tidak menyusahkan guru atau pelajar.[2]

Penjelasan dan tindakan kerajaan[sunting | sunting sumber]

  1. Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah memberi keutamaan bagi membina sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan.Kerajaan tidak menyekat atau menghalang terhadap pembangunan SJKC dan SJKT bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan. 26 % daripada Belanjawan tahunan disalurkan kepada bidang pendidikan. Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) turt menekankan usaha meningkatkan pendidikan pra-sekolah dan lain-lain.[3]
  2. Kementerian menyalurkan bantuan RM1 juta kepada Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar.
  3. Pada 22 Oktober 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak sekolah untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat Kajang, Selangor. Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta setiap sekolah itu.
  4. Kerajaan meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di Kajang bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Beliau turut melawat sekolah tersebut. Turut serta ialah Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.[4]
  5. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong menjawab soalan Teo Nie Ching(DAP-Serdang) bahawa Selangor ada lapan bidang tanah tetapi dua sahaja sesuai diluluskan iaitu di SJKC Sg Long dan SJKC Kajang Utama.SJKC Bukit Serdang sedang diteliti. SJKC Kulai Dua, dana dari kerajaan bawah RMK-9 sudah siap. SJKC Yong Peng Dua, 98 peratus siap dan akan beroperasi awal tahun 2012.[5]
  6. Pada 15 September 2011, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Kerajaan telah membina 1,200 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 600 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setakat ini. Pembangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]