Memorial Tun Abdul Ghafar Baba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Memorial Tun Abdul Ghaffar Baba

Memorial Tun Abdul Ghaffar Baba terletak di Peringgit, negeri Melaka, Malaysia.

Kerajaan negeri Melaka telah mendirikan Memorial Tun Ghafar Baba sebagai menghargai jasa dan perjuangan bekas pemimpin negara itu. Memorial yang didirikan di bekas rumah Tun Ghafar semasa menjadi Ketua Menteri Melaka (1959 - 1967) terletak di Peringgit itu mengumpulkan segala koleksi berkaitan perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1986 - 1993). Memorial itu diubah suai dengan kos RM180,000 dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Rujukan[sunting | sunting sumber]