Memorial Tun Tan Cheng Lock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Memorial Tun Tan Cheng Lock dibina berdekatan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman. Mulai 2011, pihak Arkib Negara akan mengubahsuai bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur menjadi memorial tersebut.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie menyatakan tujuan memorial itu untuk memperingati jasa tokoh negara yang juga Presiden MCA yang pertama. Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan pelancaran Buku Braille telah diadakan di [Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan]], Bandar Hilir pada 23 Mei 2010.

Tun Tan Cheng Lock bersama Tunku Abdul Rahman dan (Presiden MIC 1) Tun V.T. Sambanthan merupakan pemimpin 3 kaum menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]